Drama Aku Bukan Ustazah TV3

Drama yang diadaptasi novel Aku Bukan Ustazah karya Lyna Masud akan mengisi slot Akasia di TV3. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd diarahkan oleh Idora Abdul Rahman. Mengandingkan Erysha Emyra, MK K-Clique dan Zahiril Adzim selaku pelakon utama.

Drama Aku Bukan Ustazah

Episod: 28

Tarikh Tayangan: Februari 2024

Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam

Rangkaian: Akasia TV3

Pengarah: Idora Abdul Rahman

Produksi: Global Station Sdn Bhd


Watak Pelakon Drama Aku Bukan Ustazah 

Erysha Emyra sebagai Aminah

MK K-Clique sebagai Adam

Zahiril Adzim sebagai Omar

Raden Zaharatul sebagai Sally

Shaza Bae sebagai Sam

Qistina Khaled sebagai Zaza

Fikhree Bakar sebagai Aslam

Ahmad Syafiq sebagai Azhar

Razak Ahmad sebagai Ustaz Ahmad

Fadilah Mansor sebagai Ustazah

Azhar Sulaiman

Danial Dashuki 

Syad Mutalib

Haneesya Hanee


Sinopsis Drama Aku Bukan Ustazah

Drama Aku Bukan Ustazah menceritakan seorang Dia Aminah. Seorang niqabis yang berpaling dari ijtihadnya kerana fitnah manusia. Kerana seorang Adam, maruahnya sebagai niqabis dipijak-pijak lalu dia tekad untuk keluar mencari jalan hidup sendiri. 

Di situlah bermula episod kehidupannya bersama dengan rakan-rakan yang berbeza pegangan hingga dia hampir terjerumus ke lubang noda yang dia gali sendiri. Dia mencipta dirinya sebagai ‘Miya’ manakala ‘Aminah’ ditinggalkan semakin jauh. Adam dan Omar. Dua pemuda yang berbeza cara hidup cuba merebut kasih sang niqabis. Adam merupakan pemilik sebuah kelab malam, hidupnya penuh dengan noda manakala Omar seorang doktor perubatan lulusan universiti di Mesir dan sangat menjaga agamanya. Antara dua, hanya seorang yang Aminah paling dekat namun sering dia menafikan perasaannya itu. Mana mungkin syaitan bersatu dengan bidadari syurga?

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Drama Aku Bukan Ustazah TV3"

Catat Ulasan