Drama Aku Bukan Mistress (TV3) - senarai drama adaptasi novel

Drama Aku Bukan Mistress (TV3)


Drama melayu terbaru yang berjudul Aku Isterinya merupakan tajuk awal drama adaptasi daripada Novel Aku Bukan Mistres sebelum ditukar kembali kepada nama asal novel terbsebut. Drama ini akan bersiaran di slot Akasia TV3 mulai 2 April 2014.

Kisah percintaan ini pastinya ditunggu peminat novel dan juga penonton setia slot Akasia. Pelakon utama drama ini ialah Izzue Islam dan Anzalna Nasir hasil arahan Fairuz Loy. Drama ini akan bersiaran selepas berakhirnya drama Jika Itu Takdirku di Slot Akasia.

TAJUK : Aku Isterinya
TARIKH : 2 April 2014
EPISOD : 28 episod
SIARAN : ISNIN hingga KHAMIS, Slot AKASIA di TV3
MASA : 7pm - 8pm
PENGARAH : Fairuz Loy
PENULIS NOVEL : Acik Lana
TERBITAN : Global Station
PELAKON : Izzue Islam, Anzalna Nasir, Syazwan Zulkifli, Eizlan Yusof, Marissa Jasmin, Mardiana Alwi, Siti Elizad, Shakilla Khoriri, Mohd Fazren

LAGU TEMA OST : Sebuah Maksud
ARTIS : Sixth Sense

WATAK PELAKON:
Mikail - Izzue Islam
Mya Arlissa - Anzalna Nasir
Adam - Syazwan Zulkifli
Lisa - Elizad Sharifuddin
Datuk Luthfi - Eizlan Yusof
Datin Adiba - Marissa Jasmin
Mardiana Alwi


VIDEO PROMO





SINOPSIS AKU ISTERINYA :

Diceritakan Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

selama Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil  yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

GAMBAR PELAKON DRAMA AKU ISTERINYA aka AKU BUKAN MISTRESS






















Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Aku Bukan Mistress (TV3) "

Catat Ulasan