DRAMA JIWA (TV3) - senarai drama adaptasi novel

DRAMA JIWA (TV3)

DRAMA JIWA

Drama bersiri yang berjudul Jiwa bakal menemui penonton di slot Aksi TV3 selepas berakhirnya drama Aku. Drama terbitan Filmscape ini mempunyai 14 episod dan menampilkan pelakon hebat seperti Kamal Adli, Remy Ishak, Faizal Hussein, Siti Elizad, Liza Shadan dan Sheila Mambo. Drama ini diarahkan oleh Kabir Bhatia dan Nurhanisyam Muhammad (Labu) manakala skrip oleh Fairul Nizam. 



TAJUK : JIWA
PENGARAH : Kabir Bhatia dan Nurhanisyam Muhammad
SKRIP : Fairul Nizam.
PENERBIT : Filmscape
EPISOD : 14 EPISOD
SIARAN : Setiap hari Selasa
MASA : 10.00 malam
PELAKON : Kamal Adli, Remy Ishak, Faizal Hussein, Siti Elizad, Liza Shadan dan Sheila Mambo.

WATAK
Jiwa - Kamal Adli
Iskandar - Remy Ishak
Alif Rizal - Faizal Hussein
Fara - Siti Elizad
Zulaikha - Liza Shadan
Mastura - Sheila Mambo

SINPOSIS DRAMA JIWA

Drama Jiwa  mengisahkan tentang dua beradik tiri iaitu Iskandar (Remy Ishak) dan Jiwa (Kamal Adli), hasil perkongsian hidup Alif Rizal (Faizal Hussein) dengan isteri pertama, Mastura (Sheila Mambo), ibu Iskandar dan isteri kedua, Zulaikha (Liza Shadan), ibu Jiwa. Alif merupakan seorang anggota tentera yang amat tegas dan komited dengan tugasnya. Sejak perkahwinan dengan Zulaikha, hubungan Alif dengan Mastura dan Iskandar semakin renggang.

Jiwa berjaya menamatkan pengajian di Maktab Perguruan sementara Iskandar semakin hanyut dalam dunia samseng. Hubungan Fara dan Jiwa semakin serius. Jiwa memberitahu Zulaikha niatnya untuk memperisterikan Fara. Zulaikha terkejut dengan keputusan Jiwa. Apakah yang bakal berlaku seterusnya? 

GAMBAR PELAKON DRAMA JIWA (TV3)























Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "DRAMA JIWA (TV3)"

Catat Ulasan