Drama bersiri Anugerah Terindah bakal di tayangkan di Slot Samarinda TV3. Drama arahan Khairul Amri (Keoi) Hj Khalid terbitan Suhan Movie. Dibintangi oleh Sari Yanti, Alif Hadi, Fezrul Khan dan Syafiq Kyle dan ramai lagi. Drama ANUGERAH TERINDAH bersiaran mulai 13 Mac 2014, setiap hari Rabu dan Khamis pada pukul 10.00 malam di TV3. Bagi yang terlepas boleh tontonya di portal tonton.com.my
Judul : Anugerah Terindah
Tarikh : 13 Mac 2014
Episod : 15 episod
Siaran : Setiap hari Rabu dan Khamis, Slot Samarinda TV3
Pukul : 10.00 - 10.30 malam
Pengarah : Khairul Amri Hj Khalid (Keoi)
Skrip : Wan Mahani Wan Hasssan dan Eja Lorena
Terbitan : Suhan Movie
Pelakon : Sari Yanti, Fezrul Khan, Syafiq Kyle, Alif Hadi, Heri Aszmo, Adrina, Aida Jebat, Liza Shadan, Dian P.Ramlee, Omar Abdullah
Pelakon & Nama Watak
Sari Yanti sebagai Riana
Fezrul Khan sebagai Amar
Syafiq Kyle sebagai Amir
Ayda Jebat sebagai Lisa
Adriana sebagai Zara

ANUGERAH TERINDAH mengisahkan tentang dua beradik iaitu Amar dan Amir yang mempunyai sikap berbeza dan mereka sering bercanggah dengan kemahuan masing-masing. Amar, lakonan Fezrul Khan, yang mempunyai sikap dingin dan hanya komited pada kerjayanya sahaja. Amar juga tidak mempercayai wanita setelah gagal dalam membina rumah tangga. Berbeza dengan adiknya, Amir (Syafiq Kyle) yang lebih mesra dan sering keluar berfoya-foya sehingga mengabaikan kerja di pejabat. Perbezaan sikap mereka berdua itu membuatkan mereka sering bertikam lidah. Ayah mereka, Dato’Rahman (Omar Abdullah) menasihati anak-anaknya agar berbaik namun Amar dan Amir tidak mengendahkannya.
Amar yang merasakan tiada harapan untuk bersama dengan Riana, akhirnya terpedaya dengan godaan Zara. Apakah yang akan terjadi selepas itu? Adakah Zara berjaya memikat Amar? Adakah selama ini Amir sememangnya menyintai Riana? Atau Amar akan menurunkan ego demi cintanya pada Riana? Siapakah yang bertakhta di hari Riana?
GAMBAR PELAKON DRAMA ANUGERAH TERINDAH
0 Response to "Drama Anugerah Terindah (TV3)"
Catat Ulasan