LUTH MAHFUZ (Telefilem TV3)


Telemovie terbaru yang berjudul Luth Mahfuz bakal bersiaran di TV3 sempena sambutan Maulidur Rasul yang jatuh pada 14 Januari 2014 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1435. 

JUDUL: LUTH MAHFUZ  
Jam : 10.00 malam
Tarikh : Isnin, 13 Januari 2014
Pelakon: Siti Saleha, Fizz Fairuz, Raja Ilya, Wan Sharmila, Arash Mohammad, Puteri Syasya.

SINOPSIS LUTH MAHFUZ 

Dikisahkan sosok Eyma mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana ingin menumpukan perhatian terhadap anaknya, Aqish yang mengalami lemah jantung. Eyma terkejut apabila tiba-tiba suaminya, Haziq telah menyatakan hasrat untuk bercerai dan menyerahkan kertas tentang pembahagian harta sepencarian mereka. Namun, Eyma tidak mahu sebarang harta sebaliknya Eyma cuma meminta Haziq melayannya dengan kasih sayang serta melakukan aktivitas romantik seperti mereka baru berkahwin selama empat puluh hari. 

Selama empat puluh hari Haziq juga disuruh untuk mengikut sunnah-sunnah nabi sebagai amalam hariannya. Haziq menunaikan permintaan itu kerana baginya ianya hanya tempoh yang singkat dan selepas itu dia boleh kembali bersama bekas kekasihnya. Doktor yang melawat Aqish selalu menceritakan perihal kes pesakitnya di dalam blog. Eyma terharu sekurang-kurangnya masih ada lagi insan lain yang mengambil berat tentang Aqish sementara suaminya sendiri mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Saksikan kisah pengorbanan seorang ibu dan isteri yang taat kepada suaminya meskipun hatinya sendiri tiada siapa ambil peduli.



Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Geng Van Jenazah TV3 Geng Van Jenazah TV3 Telefilem yang berjudul Geng Van Jenazah arahan Jamal Khan akan tayang pada 25 Mei, Sabtu jam 10.00 malam di TV3. … Read More...
  • Aku Tak Raya TV3 Aku Tak Raya TV3 Drama bersiri yang berjudul Aku Tak Raya pada Raya Pertama hingga Raya Ketiga, 10 pagi di TV3 . JUDUL : AKU TAK RAY… Read More...
  • Tiga Lima TV3 Tiga Lima TV3 Telefilem yang berjudul  Tiga Lima arahan Ferz Kader pada 26 Mei, Ahad, jam 10.00 malam di TV3. JUDUL : TIGA LIMA W… Read More...
  • Drama 30 Pesanan Suara TV3 Drama bersiri yang berjudul 30 Pesanan Suara yang bakal menampilkan gandingan Shukri Yahaya, Saharul Ridzwan dan Hannah Delisha. Drama arah… Read More...
  • Ayyad Aisyah TV3 Ayyad Aisyah TV3 Telefilem yang berjudul Ayyad Aisyah arahan Osman Ali pada Ahad, 2 Jun, pukul 10 malam di TV3.  JUDUL : AYYAD … Read More...

0 Response to "LUTH MAHFUZ (Telefilem TV3)"

Catat Ulasan