Sinopsis Emergency Couple - senarai drama adaptasi novel

Sinopsis Emergency Couple


JUDUL : Emergency Coupl aka Emergency Man and Woman
SIARAN : tvN, 24 Januari 2014
PELAKON : Song Ji-Hyo, Choi Jin-Hyuk, Lee Pil-Mo, Choi Yeo-Jin, Clara

Sinopsis Emergency Couple / Emergency Man and Woman

Jin-Hee (lakonan Song Ji-Hyo) kehidupan yang memuaskan sebagai pakar sains makanan. Dia kemudian bertemu pelajar sekolah perubatan Chang-Min (lakonan Choi Jin-Hyuk). Walaupun dibangkang kuat oleh keluarga, Jin-Hee dan Chang-Min mengambil keputusan untuk berkahwin. Keluarga Chang-Min semua bekerjaya sebagai doktor. Chang-Min tekad untuk berhenti berlajar dalam bidang perubatan dan mula bekerja sebagai jurujual farmasi. Kehidupan perkahwinan mereka tidak sebahagia seperti diimpikan. Keluarga Chang-Min tidak begitu menyukai Jin-Hee dan Chang-Min juga mula berubah. Chang-Min dan Jin-Hee akhirnya bercerai. 

Selepas perceraian mereka, Jin-Hee menjadi seorang pelajar perubatan dan kini bekerja sebagai pelatih. Chang-Min yang lulus dari sekolah perubatan juga sudah mula bekerja sebagai pelatih. Satu hari, mereka bertemu di dalam bilik kecemasan sebuah hospital di mana kedua-dua mereka akan bekerja bersama-sama. Dapatkah mereka berkerjasama? Masihkah ada lagi perasaan kasih sayang antara mereka?



Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sinopsis Emergency Couple"

Catat Ulasan