Drama 30 HARI CINTA (TV1) - senarai drama adaptasi novel

Drama 30 HARI CINTA (TV1)


Drama telemovie melayu terbaru berjudul "30 HARI CINTA" bakal menemui penonton pada hari Sabtu ini, 15 Februari 2014 di slot Panggung 1 saluran TV1 (RTM). 30 HARI CINTA menampilkan gandingan pasangan kekasih iaitu Amyra Rosli dan Dazrin Kamarudin. Mengisahkan konflik percintaan pasangan suami isteri yang ingin berpisah dalam jangka masa 30 hari akibat adanya pihak ketiga. Mampukah pertalian mereka dapat bertahan?

JUDUL : 30 HARI CINTA
Pukul : 2.00 petang
Waktu Siaran : Sabtu, 15 Februari 2014
TV : RTM TV1 di Slot Pangung 1
Pengarah : Adam Azhar
PELAKON : Dazrin Kamarudin, Amyra Rosli, Sharifah Sakinah dan Talha Harith

SINOPSIS DRAMA 30 HARI CINTA

Mengisahkan watak Fendy (Dazrin Kamarudin) dan Emylia (Amyra Rosli) telah berkahwin selama 2 tahun. Fendy merupakan seorang usahawan muda yang sedang naik manakala Emylia merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Oleh demikian, Fendy selalu perlu bekerja luar daerah dan meninggalkan isterinya.

Kemudian Suzana muncul di pejabat, Fendy menyatakan ingin berpisah dengan Suzana, Suzana berasa marah lalu meninggalkan Fendy, tiba-tiba Fendy mendapat mesej daripada Emylia meminta izin keluar rumah. Fendy terkejut dan bergegas pulang ke rumah, setibanya di rumah, Emylia sudah tiada, Fendy menangis, tiba-tiba Emylia muncul memberitahu dia keluar rumah sebentar bagi membeli barangan dapur untuk makan malam ulang tahun perkahwinan mereka ke-3. Fendy tersenyum lalu memeluk Emylia. 

GAMBAR PELAKON DRAMA 30 HARI CINTA





Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama 30 HARI CINTA (TV1)"

Catat Ulasan