Drama BISKUT-BISKUT CINTA (TV1) - senarai drama adaptasi novel

Drama BISKUT-BISKUT CINTA (TV1)


Telemovie melayu terbaru di Slot Panggung Ahad saluran TV1 berjudul 'Biskut-Biskut Cinta' lakonan Syafie Naswip dan Sara Ali. Drama komedia arahan Yusni Yusof akan memulakan pernyiaran pada 23 Februari 2014 jam 10.05 pagi. 

JUDUL : Biskut-Biskut Cinta
TARIKH : 23 Februari 2014 
PUKUL : 10.05 pagi
SIARAN : Slot Panggung Ahad di RTM TV1
PENGARAH : Yusni Yusof
PELAKON : Syafie Naswip dan Sara Ali
Kamarul Hj Yusuff (Pak Yazid), Delimawati (Mak Ton), Sharonizam Noor (Abang Leman), Zila Bakarin (Julia) dan Rasyid Jaafar (Zaki).

SINOPSIS DRAMA BISKUT-BISKUT CINTA

Khirul Bariah (Sara Ali) lari ke bandar kerana takut dikahwinkan dengan orang tua di kampungnya. Dia menukar perwatakan menjadi lelaki dengan nama Kerol kerana takut diganggu.

Dia kemudiannya diterima bekerja di kedai biskut dan pada masa yang sama berjumpa dengan rakan serumah bernama Anuar (Shafie Naswip). Anuar merupakan penyelia di kedai biskut tempatnya bekerja. Setiap bulan Kerol mengirim wang pada ibunya di kampung untuk melangsaikan hutang keluarga dengan orang kaya di kampung.

Berlaku peristiwa-peristiwa lucu semasa tinggal serumah dengan Anuar hingga memaksa Kerol mencari rumah sewa lain kerana takut rahsianya bocor dan diketahui oleh Anuar.

Pada suatu hari Kerol diganggu oleh sekumpulan remaja nakal. Mujur Anuar berada di situ lantas menyelamatkan Kerol. Sejak itu Kerol terpaut hati tanpa di sedari Anuar. Anuar pula merasakan Kerol seorang yang pelik kerana jarang bergaul dengannya semasa mereka tinggal serumah hingga memaksa beliau menyiasat siapa Kerol sebenarnya.

Akhirnya Anuar dapat tahu siapa Kerol hingga menyebabkan dia kecil hati dan marah pada Kerol. Kerol menerangkan keadaan sebenar hingga berjaya memujuk Anuar dan Anuar pergi ke kampung Khairul bariah bertemu ibunya.Pulang ke rumah Kerol terkejut kerana ibunya telah berkahwin dengan Pak Yazid, orang kaya di kampungnya.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama BISKUT-BISKUT CINTA (TV1)"

Catat Ulasan