MADU (Drama Festival KL TV3) - senarai drama adaptasi novel

MADU (Drama Festival KL TV3)


Drama melayu terbaru sempena Drama Festival KL berjudul MADU bakal bersiaran pada hari Ahad ini, 16 Februari 2014 jam 10 malam di slot Festival TV3. Filem terbitan Zeel Production menampilkan pelakon mantap iaitu Rozita Che Wan, Zamarul Hisham, Shahz Jaszle, Syatilla Melvin dan ramai lagi.

Si ibu ingin hidup bermadu. Anak-anak mencari calon isteri untuk ayah. Tetapi, si anak pula jatuh cinta dengan bakal ibu tiri. Si ayah pula ada pilihan sendiri. Bagaimanakah kesudahannya? Nantikan 
Judul : MADU
Jam : 10 malam 
Siaran : 16 Februari 2014, Slot Festival TV3
Penerbit : Fadzil Teh
Terbitan : Zeel Production
Pelakon : Rozita Che Wan, Zamarul Hisham, Shahz Jaszle, Syatilla Melvin

SINOPSIS DRAMA MADU

Kisah bermula apabila Anita mempunyai dua orang anak iaitu Shah dan Shima. Anak pertamanya Shah berkerja sebagai pramugara dan Shima pula baru memulakan karier dalam bidang perhubungan awam. Shima selalu bekerja tak tentu masa dan sering kali balik ke rumah lewat malam. Suami Anita iaitu Mazlan selalu bertugas 'outstation' menguruskan syarikat landskap dan seni tamannya dan Anita berasa bosan kerana selalu ditinggalkan. Bagaimanapun, hati Anita sedikit terhibur apabila setiap kali pulang daripada bertugas, Shah membawa pulang cenderamata dari luar negara, tetapi selalunya cita rasa Shah tidak menepati kehendak ibunya.

Selepas lebih kurang dua minggu Mazlan berada di Kuching, dia balik ke rumah. Dia terkejut apabila Shima memberitahu yang Anita sudah memilih calon isteri kedua untuknya dan pada mulanya Mazlan menolak kerana kononnya dia sangat setia serta sayangkan Anita. Rupa-rupanya Mazlan ada rahsia yang disembunyikan daripada Anita. Apakah kesudahannya?

GAMBAR PELAKON






Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MADU (Drama Festival KL TV3)"

Catat Ulasan