AKU ISTERINYA Drama (TV3) - senarai drama adaptasi novel

AKU ISTERINYA Drama (TV3)


Drama bersiri terbaru ini akan menggunakan tajuk AKU ISTERINYA yang bakal menghiasi kaca televisyen bermula  31 Mac 2014 menggantikan drama Jika Itu Takdirku. Drama siri romantik ini dibintangi oleh dua pelakon utama iaitu Izzue Islam sebagai Mikail dan Anzalna Nasir sebagai Mya Arlissa. 

JUDUL : AKU ISTERINYA
EPISOD : 28 episod
MULAI : 2 April 2014
SIARAN : Setiap Isnin hingga Khamis
WAKTU : 7.00 malam - 8.00 malam
SALURAN : Slot AKASIA TV3
PENGARAH : Fairuz Loy
PENULIS NOVEL : Acik Lana
PENERBIT EKSEKUTIF : Zetty Alia Dato' Ramly
PENERBIT : Datin Zaiton Muhd Jiwa
TERBITAN : Global Station
SENARAI PELAKON : Izzue Islam (Mikail), Anzalna Nasir (Mya Arlissa), Syazwan Zulkifli (Adam), Eizlan Yusof (Datuk Luthfi), Marissa Jasmin (Datin Adiba), Mardiana Alwi, Elizad Sharifuddin (Lisa), Shakilla Khoriri, Mohd Fazren

OST Aku Isterinya
Judul : Sebuah Maksud | Artis / Kumpulan : Sixth Sense
Judul : Pelarian | Artis / Kumpulan : Sakura Band & Adi 6ixth Sense -


SINOPSIS AKU ISTERINYA

“AKU ISTERINYA” mengisahkan Mya Arlissa yang dibesarkan oleh neneknya dan menumpang di rumah makciknya sejak kematian ibubapanya. Bukan sahaja sentiasa dibuli oleh makciknya dan sepupunya, Mya juga hidup dalam ketakutan kerana suami makciknya,  Abang Murad menyimpan niat jahat terhadapnya. Akhirnya, Mya telah dijual oleh Murad kepada David yang menjalankan kegiatan pelacuran sehingga Mya bertemu dengan Mikail dimana Mikail telah menebus Mya dari tauke kelab malam.

Bekas kekasih Mikail, Suzanne kembali meraih cinta dari Mikail dan sentiasa menghasut Datin Adiba supaya membenci Mya. Keadaan menjadi keruh apabila bekas kekasih Mya, Shamil datang menagih janji lama. Apakah akhirnya Mya akan menemui sinar bahagia dan ketenangan dalam hidupnya?



Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "AKU ISTERINYA Drama (TV3)"

Catat Ulasan