Drama JODOH 2 (Astro Ria) - senarai drama adaptasi novel

Drama JODOH 2 (Astro Ria)


Drama bersiri JODOH Musim Kedua bakal bersiaran mulai pada 2 April ini, setiap Isnin, jam 10 mlm di Astro Maya HD 135 dan Astro Ria 104. Drama ini menggantikan drama Projek Memikat Suami yang menamatkan siaran pada 31 Mac 2014. Berbeza daripada musim pertama, musim ke-2 ini menampilkan pelakon baru iaitu gandingan Fadlan Hazim dan Hanis Zalikha. Drama ini diarahkan oleh Syed Khairul Fariz.

JUDUL : JODOH 2
EPISOD : 13 Episod
TARIKH : 31 Mac 2014 (Setiap Isnin)
PUKUL : 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria dan Maya HD (saluran 35)
PENGARAH : Syed Khairul Fariz
TERBITAN : KL Motion Picture Co.
PELAKON : Hanis Zalikha (Zara), Fadlan Hazim (Nik Fahmi), Jannah Nik (Elle), Alif Aziz (Syed Azmi), Mustaqim Mohamed (Zulkifli), Ku Hariz (Megat) dan Susan lankaster (Nora).

VIDEO PROMO



SINOPSIS DRAMA JODOH 2

Program Jodoh 2 adalah sambungan siri Jodoh. Untuk musim baru ini, Nora dan Mr Chee mengambil keputusan untuk menyuntik elemen yang lebih ‘panas’ dan menarik untuk membuat rancangan ini tidak membosankan dan menamakannya sebagai ‘Jodoh: Wanita atau Harta?’

Untuk musim ini, pencari jodohnya adalah seorang gadis yang dipikat seramai 10 peserta lelaki. Lebih menarik, hadiah wang tunai sebanyak RM1 juta ditawarkan.

Bagaimanapun, dalam musim Jodoh kali ini, peserta lelaki yang akhirnya dipilih oleh Gadis Jodoh akan diberikan pilihan sama ada ingin mengahwini Gadis Jodoh dan berkongsi RM500,000 atau memilih untuk mengambil RM1 juta dan tidak berjumpa dengan gadis tersebut selama-lamanya.

Apabila pengumuman untuk rancangan Jodoh dibuat, Nik Fahmi (Fadlan Hazim), seorang pengusaha muda yang terdesak untuk menambah duit modal untuk menaikkan perniagaannya, mengambil keputusan untuk menyertai rancangan berkenaan. Namun, segala-galanya menjadi rumit apabila Nik pula jatuh hati dengan Gadis Jodoh iaitu Zara(Hanis Zalikha)

GAMBAR




Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama JODOH 2 (Astro Ria)"

Catat Ulasan