RIDE Drama (Aurora TV9) - senarai drama adaptasi novel

RIDE Drama (Aurora TV9)


drama melayu bersiri terbaru menggantikan drama Cinta Pandang Ke-2 di TV9 berjudul 'RIDE' akan bersiaran setiap hari Khamis mulai 13 Mac 2014 jam 8.30 malam di slot Aurora.

Drama yang mengisahkan kehidupan remaja dalam percintaan dan persahabatan. Drama bersiri 13 episod ini dilakonkan oleh Syafie Naswip, Sharifah Aryana, Hafreez Adam, dan Ayda Jebat.

JUDUL : RIDE 
EPISOD : 13 Episod
TARIKH : Setiap Khamis, mulai 13 Mac 2014
WAKTU : 8.30 malam 
SIARAN : Slot Aurora di TV9
PENGARAH : Faisal Ishak
TERBITAN : Mermaid Studios 
PELAKON : Sharifah Aryana, Syafie Naswip, Hafreez Adam, Ayda Jebat dan Hafeez Mikail.  Riezman Ruzaini dan Puteri Chichi

SINOPSIS DRAMA RIDE

Drama RIDE mengisahkan Elana (Sharifah Aryana), pemilik kedai basikal fixie yang berkonsepkan café, Ride.  Ride sudah dua tahun beroperasi tidak mendapat keuntungan tetapi Elana tetap tidak mahu berputus asa dan ingin mempertahankan Ride. Dia dibebani hutang dan duit simpanannya hampir habis menanggung kos operasi Ride. Dia harus melakukan sesuatu untuk memastikan Ride beroperasi. Jika dalam masa 6 bulan Ride masih lagi tidak mendapat keuntungan, bapanya akan menutup Ride dan mahu Elana menyambung pelajarannya dalam bidang undang-undang.  Elana dibantu Juju dan Pajai, dua rakan baiknya untuk menguruskan Ride dan mereka perlu memikirkan idea untuk menarik perhatian pelanggan untuk datang ke Ride.


GAMBAR PELAKON DRAMA RIDE







Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "RIDE Drama (Aurora TV9)"

Catat Ulasan