Drama Bintang Di Kalbu (TV1) - senarai drama adaptasi novel

Drama Bintang Di Kalbu (TV1)


Warna Motion Pictures membawakan drama bersiri terbaru bertajuk Bintang Di Kalbu yang bakal disiarkan di saluran RTM TV1. Drama ini diarahkan oleh Saian Salimon dan skrip oleh Nura Zahari. Menampilkan dua gandingan pelakon baru iaitu Ezzam Ezzairy dan Mimie Haris sebagai pelakon utama dalam drama ini. Pelakon lain yang turut membintangi drama ini ialah Adama Shah, Fatin Afeefa, Yaya Maembong, Nadia Mustafar dan ramai lagi. Saksikan drama 'Bintang Di Kalbu' mulai 24 April 2014, pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 11.30 pagi di saluran TV1.

TAJUK : Bintang Di Kalbu
EPISOD : 13 Episod
TARIKH : 24 April 2014 (Setiap Isnin hingga Khamis - 11.30 pagi)
SIARAN : TV1 - Radio Televisyen Malaysia (RTM)
PENGARAH : Saian Salimon
SKRIP : Nura Zahari
TERBITAN : Warna Motion Pictures
PELAKON : Ezzam Ezzairy, Mimie Haris, Yaya Ma’embong, Fatin Afeefa, Adam Shah, Nadia Mustafa, Kay Maria, Sharolnizam Noor.

SINOPSIS BINTANG DI KALBU

Drama Bintang Di Kalbu mengisahkan pasangan kekasih Dilla dan Ashraf saling mencintai, namun terpaksa berpisah kerana mendapat tentangan hebat daripada bapa tiri Dilla, Malik. Tanpa diketahui, Ashraf dan Malik sebenarnya mempunyai hubungan kekeluargaan. Dilla salah faham dan mempercayai semua kata-kata dusta Malik mengenai niat Ashraf mencintainya.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Bintang Di Kalbu (TV1)"

Catat Ulasan