Drama Qarin (RTM) - senarai drama adaptasi novel

Drama Qarin (RTM)


Drama bersiri Qarin mempunyai 13 episod bergenrekan seram. Drama ini diarahkan oleh Sham JR manakala penulis skrip oleh Adza Nasyaemie Adenan dan Adza Irdawati Adenan. Qarin diambil daripada perkataan Arab bermaksud teman atau rakan dan dari segi istilah membawa maksud roh-roh jahat dalam kalangan makhluk halus yang mengiringi kelahiran seseorang bayi. Drama ini akan bersiaran di saluran RTM tidak lama lagi.

JUDUL: Qarin
TERBITAN: PC Soft (M) Sdn Bhd
PENERBIT: Zulkifli Ahmad
SKRIP: Adza Nasyaemie Adenan dan Adza Irdawati Adenan 
PENGARAH: Sham JR 

PELAKON UTAMA
- Uqasha Senrose sebagai Dhiya
- Zain Hamid sebagai Muslim
- Fateha sebagai Aurelia
- Daniel sebagai Andika

PELAKON PEMBANTU
- Mell Yahya
- Ieka Zulkifli
- Oshin
- Ally Azman
- Farisha
- Nor Amisah Abdullah
- Qasehku Effa
- Siti Chubby

SINOPSIS DRAMA QARIN

Qarin mengisahkan Dhiya (Uqasha Senrose) yang sangat menyayangi keluarganya namun akibat leka sehingga mengabaikan perkara penting, akhirnya dia hidup dalam penyesalan.

Kisah bermula apabila perkahwinannya dengan anak orang berada, Muslim (Zain Hamid) mendapat tentangan ibu Muslim, Datin Zauyah kerana Dhiya datang dari keluarga susah.

Sebaik melahirkan anak mereka Aurelia (Fateha), Dhiya mengajak suaminya berpindah dari rumah Datin Zauyah dan akhirnya berjaya. 

Mereka sekeluarga kemudian berpindah ke sebuah banglo terpencil dan bermulalah kehidupan baru mereka.

Keceriaan pastinya paling dirasai anak mereka Aurelia yang ketika itu sudah berusia lapan tahu apabila dia bertemu teman barunya di rumah berkenaan.

Bagaimanapun, persoalan­nya hanya mereka bertiga menduduki rumah berkenaan tetapi anak kecil itu mula bercakap sendiri dengan sahabatnya yang dipanggil Andika.

Perkara itu benar-benar mengejutkan Dhiya dan Muslim dan bermulalah detik hitam dalam hidup mereka apabila terbukti ia bukan khayalan tapi entiti halus yang cuba mendampingi Aurelia.

Kesudahannya, Aurelia mula membenci bapanya manakala hubungan Dhiya dan Muslim pula semakin berantakan selepas kekasih lama suaminya itu hadir semula dalam hidup mereka.

Demi mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut itu, seorang ustaz dipanggil dan terbongkarlah kebenaran di mana anak mereka sebenarnya sudah lama meninggal dunia.

Anak kecil yang mendampingi mereka selama ini terbukti qarin kepada Aurelia dan sebab itulah Andika suka berkawan dengannya kerana mereka serupa.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Qarin (RTM)"

Catat Ulasan