Secawan Kopi Sebungkus Roti (TV1) - senarai drama adaptasi novel

Secawan Kopi Sebungkus Roti (TV1)


Istimewa Panggung Khas saluran TV1 membawakan sebuah telemovie khas sempena hari pekerja berjudul "SECAWAN KOPI SEBUNGKUS ROTI" lakonan Esma Daniel, Marissa Yasmin, Daniel El- Arash, adik Puteri Syasya Mashitah dan Syasya Solero. Drama ini akan bersiaran pada 1 Mei 2014  (Khamis) pukul 3.05 petang di TV1.

JUDUL TELEFILEM : SECAWAN KOPI SEBUNGKUS ROTI
TARIKH : Khamis, 1 Mei 2014 (3.05 petang)
SIARAN : Slot Panggung Khas di TV1
KARYA : Faizal Dzasrik
PENGARAH : Zamani Ibrahim
PELAKON : Esma Daniel, Marissa Yasmin, Daniel El- Arash, adik Puteri Syasya Mashitah dan Syasya Solero

PELAKON DAN WATAK
Esma Daniel sebagai Hisham
Marissa Yasmin sebagai Maria
Syasya Solero sebagai Syasya
Daniel El-Arash sebagai Khairul
Puteri Syasya Mashitah sebagai Icha



Drama bertemakan kekeluargaan ini memaparkan kesibukan dialami suami isteri, Hisham dan Maria tidak boleh dijadikan alasan mengabai didikan terhadap anak-anak. Pada waktu sama bila disabotaj haruslah menanganinya secara rasional. 

SINOPSIS  SECAWAN KOPI SEBUNGKUS ROTI

Secawan Kopi, Sebungkus Roti berkisarkan tentang keterujaan Maria, seorang ibu muda dan Hisham seorang lelaki bergelar bapa dalam memburu erti kebahagian. Kehidupan harian bermula seawal pagi hingga ke larut malam, namun setiap kejayaan yang diburu ada harganya. Bahagia terlalu senang diungkap tetapi penuh muslihat dan berperangkap.

Hisham percaya kedudukan ekonomi yang kukuh adalah pelengkap kepada segala keperluan dan keselesaan keluarga. Dari satu kerja ke satu kerja, Hisham tekun mengabdikan diri.

Maria terdesak dalam kehidupan moden yang menagihkan banyak wang. Bertitik tolak dengan niat untuk membantu si suami, Maria akhirnya terkandas dalam permainan wang. Berusaha segigihnya hingga berjaya sampai ke kemuncak, kejayaan yang diraih membuat ramai yang menjadi seteru dan sentiasa menunggu peluang untuk menjatuhkan Maria.

Ketiadaan Hisham dan Maria di rumah meninggalkan ruangkan kosong pada jiwa anak-anak mereka. Syasya, anak sulung, bahagia dan bebas. Tiada mata yang mengawal gerak geri, setiap langkah diatur sesuka hati. Khairul, anak kedua yang penuh misteri.

Menyimpan beban tak tertanggung dek kerana tiada tempat mengadu. Masa-masanya dirakam bersama Icha adik bongsu. Di mata Icha, hanya Khairul sebagai tempat bermanja.

Hingga suatu hari, beban yang ditanggung Khairul terletus, persoalan yang baru bermula terus terjawab, tetapi sudah terlambat. Hisham dan Maria tidak mungkin dapat berpatah semula, memutarkan balik masa-masa yang terlanjur berlalu.




Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Secawan Kopi Sebungkus Roti (TV1)"

Catat Ulasan