Drama Cinta Itu Kerja Allah - senarai drama adaptasi novel

Drama Cinta Itu Kerja Allah


RTM bakak menyiarkan sebuah drama terbaru bertajuk 'Cinta Itu Kerja Allah' yang akan bersiaran pada 15 Julai, jam 10.00 malam mengisi slot Citra di TV2. Pelakon utamanya ialah Afiq Muiz, Ramona Zamzam dan Fimie Don.

JUDUL : CINTA ITU KERJA ALLAH
TARIKH : 15 Julai 2014 (10.00 malam)
SIARAN : Slot Citra di TV2
PENGARAH : Mr Murali Abdullah
PELAKON : Afiq Muiz, Ramona Zamzam, Fimie Don, Ahmad Iswazir


SINOPSIS CINTA ITU KERJA ALLAH

Mengisahkan Johar, pelajar lulusan sebuah universiti Timur Tengah kembali ke kampungnya dan dilantik sebagai tenaga pengajar khusus bagi menarik golongan muda mendekati masjid. 

Johar mengambil pendekatan berdakwah dengan cara mendekati dan terlibat dengan aktiviti golongan muda di kampungnya. Dia tidak semata-mata berceramah dan mengajar agama sebaliknya turun padang bermain bola dan mengikuti setiap aktiviti golongan muda. 

Atas persetujuan kedua belah pihak Johar di tunangkan dengan Fadilah, seorang guru KAFA di kampungnya. Pertunangan tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati Samat yang telah dua kali lamarannya di tolak oleh Fadilah dan keluarganya. 

Sutinah seorang remaja yang bermasalah. Dia baru sahaja keluar dari Pusat Serenti dan berazam untuk mendalami agama bagi membuang tabiat buruknya selama ini. Ketika mengikuti kelas Fardu Ain, Sutinah pengsan dan dia dibantu oleh Johar. Kesempatan ini melalui rakaman gambar ketika kejadian, Samat menyebar fitnah yang Johar berkelakuan sumbang dengan Sutinah. 

Pertunangan Johar dengan Fadilah putus dan jawatan Johar di masjid hilang akibat fitnah. Fadilah menuduh Sutinah khianat padanya manakala Sutinah berusaha untuk membuktikan bahawa gambar yang disebar oleh Samat sudah melalui teknik superimpose. 

Johar bertindak membawa semula Samat ke zaman kanak-kanak dan alam persekolahan mereka berempat. Sebenarnya mereka berempat adalah sahabat baik dan cuma Johar sahaja yang berpeluang melanjut pelajaran ke luar negara. 

Kembali ke zaman persekolahan telah menginsafkan Samat betapa mereka adalah sahabat yang baik. Samat berazam untuk membersihkan nama Johar tetapi dia kemalangan dan doktor mengesahkan ada kesan pada otaknya. 

Ketika itu tidak siapa yang percaya apa yang diceritakan oleh Samat manakala Sutinah terus berusaha dengan bantuan rakan bagi membuktikan gambar tersebut sebenarnya superimpose. Meskipun di tuduh orang kampung sebagai kurang siuman, Samat terus berusaha membuktikan apa yang dilakukannya ke atas Johar sebelum ini adalah fitnah dan dendam. 

Fazilah juga menyesal dan ingin kembali kepada Johar. Namun Johar telah membuat keputusan untuk sambung belajar dan keluar dari kampung tersebut dengan memilih Sutinah sebagai isterinya. Samat meninggal akibat kemalangan.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to " Drama Cinta Itu Kerja Allah"

Catat Ulasan