Pesawat MH17 Terhempas Ditembak - senarai drama adaptasi novel

Pesawat MH17 Terhempas Ditembak



Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boieng 777 MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT)  dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia telah disahkan terhempas akibat ditembak. Namun masih belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab sama ada dari pihak Rusia atau Ukraine.

Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat. Pesawat terbabit membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Bbeberapa mayat telah ditemui di sekitar lokasi pesawat terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer.

Dilaporkan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS pada 23 April mengeluarkan satu "notis khas" mengenai ruang udara Ukraine kepada juruterbang-juruterbang AS dan pengangkut udara untuk menasihati mereka agar tidak terbang masuk ruang udara sekitar bandar raya Crimean Simferopol tanpa kelulusan khusus kerajaan AS.

Notis juga memberi amaran kepada pengendali-pengendali AS dan juruterbang terbang masuk bahagian lain Ukraine , termasuk Kiev, Lvov, Dnepropetrovsk dan Odessa, untuk "mengamalkan kewaspadaan yang teramat sangat kerana potensi ketidakstabilan yang berlanjutan." Amaran kekal dikuat kuasa sehingga 23 April, 2015.

VIDEO 



GAMBAR PESAWAT MH17 DITEMBAK









































Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pesawat MH17 Terhempas Ditembak"

Catat Ulasan