Drama Kalau itu Jodoh Kita - senarai drama adaptasi novel

Drama Kalau itu Jodoh Kita


Drama adaptasi novel berjudul 'Kekasih Halal' akan menemui penonton di saluran TV Alhijrah. Drama bersiri diberi tajuk 'Kalau itu Jodoh Kita' ini menampilkan pelakon seperti Uqasha Senrose, Qi Razali, Anzalna Nasir, Pekin Ibrahim dan ramai lagi. Saksikan drama ini mulai 12 Ogos 2014 pada setiap hari Selasa jam 10.0 malam di TV Alhijrah. 

JUDUL : Kalau itu Jodoh Kita
NOVEL ADAPTASI : Kekasih Halal
TARIKH : 12 Ogos 2014 
SIARAN : Setiap Selasa, 10.00 malam di TVALHIJRAH
SKRIP : Amaz Mazilan
PENGARAH : M.P Roslin
TERBITAN : Hyper Pictures
PELAKON : Uqasha Senrose, Qi Razali, Anzalna Nasir, Pekin Ibrahim


SINOPSIS KALAU ITU JODOH KITA

Mempamerkan kehidupan pasangan suami isteri yang masih muda dan diuji dengan pelbagai ujian. Perkahwinan antara mereka telah diaturkan oleh orang tua mereka. Pelbagai dugaan yang dihadapi dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mempertahankan rumahtangga mereka. Akhirnya, Feroz sedar yang Lutfa adalah cinta pertamanya dan seorang isteri yang cukup sempurna. Feroz dan Lutfa sedar bahawa restu pilihan kedua orang tuanya adalah pilihan yang terbaik bagi mereka.

Saksikan bagaimana mereka yang berkahwin diusia muda menempuh dugaan dalam liku-liku kehidupan yang akhirnya membawa kebahagiaan dalam drama 'Kalau Itu Jodoh Kita'


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Kalau itu Jodoh Kita"

Catat Ulasan