Drama Seligar (TV2) - senarai drama adaptasi novel

Drama Seligar (TV2)



Drama khas hari raya berjudul 'SELIGAR' akan menemui penonton RTM (TV2). Menampilkan pelakon utama Fauziah Ahmad Daud dan Ungku Ismail. Drama ini disiarkan pada 5 Ogos nanti, pukul 10 malam di TV2.

JUDUL : SELIGAR
TARIKH : 5 Ogos 2014 (10 malam)
SIARAN : TV2 (RTM) 
PENULIS : Siti Jasmina
PENGARAH : Khir Rahman
TERBITAN : Suar Channel
PELAKON : Fauziah Ahmad Daud, Ungku Ismail, Sara Ali, Eira Syazira, Fadil Dani

SINOPSIS SELIGAR

Mengisahkan Adil yang dibesarkan oleh neneknya, seorang wanita tua bernama Badiha. Mereka hidup tersisih daripada masyarakat sejak ibu Adil meninggal dunia ketika melahirkannya. Menjadi lebih dramatik ibu Adil juga meninggal dunia pada hari raya.

Badiha hidup dengan menyalahkan takdir yang disifatkan tidak memihak kepadanya. Dia seorang bidan tetapi anak sendiri mati ketika bersalin.

Hidup dalam kecewa, Badiha juga menutup pintu hati untuk menerima hidayah Ilahi. Namun, takdir juga menemukan mereka dengan cahaya. Kehadiran seorang gadis, Sara bukan sahaja membuatkan Adil mengenal erti kehidupan yang sebenar bahkan mengubah sikap seluruh masyarakat di situ.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Seligar (TV2)"

Catat Ulasan