Telemovie Homestay Berhantu - senarai drama adaptasi novel

Telemovie Homestay Berhantu


Saksikan telemovie komedi seram di TV9 berjudul Homestay Berhantu, menampilkan lakonan kumpulan Bocey, Izreen Azminda dan Nas T. Homestay Berhantu akan bersiaran pada hari Isnin ini, 8 September, jam 8.30 malam di TV9.

JUDUL : HOMESTAY BERHANTU
GENRE : Komedi Seram
TARIKH : 8 September 2014
SIARAN : Skrin Di 9, TV9
PENGARAH : Amor Rizan
TERBITAN : Zeel Production 
PELAKON : Izreen Azminda, Kumpulan Bocey - Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan (Abam), Muhamad Fadzlie Mohd Nizam (Fard) dan Mohd Nasir Hamzah (Achey), Nas T, Khairil Anwar, Kaza.


SINOPSIS HOMESTAY BERHANTU

Homestay Berhantu adalah komedi seram yang mengisahkan tiga sahabat Din, Man dan Achik (lakonan Kumpulan BOCEY) yang baru kehilangan pekerjaan sehingga hanya mampu memakan bawang rebus, tiba-tiba mendapat durian runtuh apabila Man diwasiatkan sebuah rumah yang sudah lama tidak berpenghuni.

Peguam yang menguruskan wasiat berkenaan, Encik Zikri (Nas-T) mencadangkan mereka untuk membuat rumah wasiat itu sebagai rumah inap tetapi dengan beberapa syarat pelik seperti memasang kamera CCTV dan mereka perlu menghantar rakaman video kepada Zikri setiap hari.

Mahu tidak mahu, kerana terdesak, mereka menurut kehendak En Zikri dan berpindah ke rumah berkenaan dan menjadikannya rumah inap.

Mereka juga turut berkenalan dengan jiran baru bernama Mawar (Izreen Azminda) yang juga mempunyai warung tidak jauh dari rumah inap mereka.

Kegembiraan tiga sahabat itu mendapat rumah wasiat tidak lama apabila terdapat gangguan dan kejadian aneh yang mula menghantui mereka. Mereka semakin dilanda ketakutan apabila mendapati jiran mereka Mawar, bukanlah seorang manusia!

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Telemovie Homestay Berhantu "

Catat Ulasan