Telemovie Anak Mejar Azlan - senarai drama adaptasi novel

Telemovie Anak Mejar Azlan


Saksikan telefilem Anak Mejar Azlan malam ini di TVAlhijrah. Menampilkan lakonan Norman Hakim, Julia Ziegler, Melly Amalin, Muntazar Ghani, dan ramai lagi. Anak Mejar Azlan bersiaran pada 14 November, jam 10 malam di slot TeleJumaat saluran TVAlhijrah.

JUDUL : Anak Mejar Azlan 
TARIKH : 14 November 2014 (10.00 malam) 
SIARAN : TeleJumaat TVAlhijrah
PENGARAH : Abd Latiff Ismail
TERBITAN : AR Factor Resources Sdn Bhd
PELAKON : Norman Hakim, Julia Ziegler, Melly Amalin, Muntazar Ghani, Putri Syasya 

SINOPSIS ANAK MEJAR AZLAN

Telefilem menarik dan sarat pengajaran ini mengisahkan ketegasan Mejar Azlan dalam mendidik tiga anaknya iaitu Azifa, Azim dan Aiza sejak kehilangan isteri tercinta. Cara Mejar Azlan yang tegas dan begitu teliti mengatur jadual harian anak-anaknya menjadi bualan rakan dan jiran tetangga. Dari pagi sebaik bangun hinggalah ke malam harinya, segala aktiviti harian Azifa, Azim dan Aiza sudah diatur dan mereka tiada alasan untuk tidak melakukannya. Didikan ala tentera yang digunakan Mejar Azlan dalam mendidik anak-anaknya cukup menekan jiwa Azifa, Azim dan Aiza. Tambahan pula, mereka perlu bersedia menerima sebarang hukuman jika ada yang tidak kena atau melanggar aturan jadual ditetapkan. 

Bagi menyelamatkan diri, mereka bertiga perlu memastikan sentiasa berada di dalam keadaan kemas dan mengikut segala piawaian yang sudah ditetapkan itu. Sikap terlalu tegas Mejar Azlan yang ada kalanya tidak kena tempat itu bagaimanapun membuatkan anak-anaknya bosan dan memberontak dengan cara didikan bapa mereka. Pernah juga mereka mengadakan mogok untuk mengubah sikap tegas Mejar Azlan itu, namun tidak berjaya. Bahkan, wang saku masing-masing turut dipotong. 

Bagaimanapun, perubahan mula berlaku dalam hidup Azifa, Azim dan Aiza sejak mereka mengenali Sofea. Hubungan mereka menjadi rapat. Azifa, Azim dan Aiza sering ke rumah Sofea selepas waktu persekolahan tanpa pengetahuan bapa mereka. Pun begitu, sikap ganjil anak-anaknya mula dihidu Mejar Azlan. Bagi mengetahui apa yang dilakukan tiga anaknya itu, Mejar Azlan mengambil keputusan mengintai aktiviti dilakukan mereka. Apakah yang dilakukan Azifa,Azim dan Aiza bersama Sofea? Siapakah wanita itu yang akhirnya mampu menyedarkan Mejar Azlan?



Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Telemovie Anak Mejar Azlan"

Catat Ulasan