Drama Ku Tak Rela (TV3) - senarai drama adaptasi novel

Drama Ku Tak Rela (TV3)


A.Aida Production akan mengeluarkan drama bersiri terbaharu untuk slot Azalea TV3 bertajuk Ku Tak Rela. Drama ini menampilkan pelakon seperti Zuhairie Ibrahim, Watie Sadali, Afzan A.Rahman, Mia Ahmad, Keena Mentor, Ewan Mohamad dan ramai lagi. Drama Ku Tak Rela ditayangkan bermula 5 Januari 2015 iaitu pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang di TV3. 

JUDUL : KU TAK RELA
EPISOD : 20
TARIKH : Mulai 5 Januari (Isnin-Khamis, 4.00pm)
SIARAN : Slot Azalea TV3
PENGARAH : Nuad Othman
TERBITAN : A.Aida Production
PELAKON : Zuhairie Ibrahim, Watie Sadali, Afzan A.Rahman, Mia Ahmad, Keena Mentor, Ewan Mohamad, Aisyah Atan, Kay Maria, Cat Farish, Zuhairie Ibrahim

WATAK PELAKON 

Afzan A.Rahman sebagai Adam
Mia Ahmad sebagai Anis
Keena sebagai Irsya
Zuhairi Ibrahim sebagai Johari
Watie Sadali sebagai Suraya
Faradhiya sebagai Shima
Aishah Atan sebagai Laila
Azah Suaymi sebagai Azira
Cat Farish sebagai Eizlan
Ewan Muhammd sebagai Aiman
Kay Maria sebagai Khatijah

VIDEO PROMO


SINOPSIS KU TAK RELA

Mengisahkan konflik isteri dan anak sebagai simbol utama. Konflik bermula apabila seorang isteri menghadapi masalah untuk mengandung. Setiap hari fikirannya serabut memikirkan tentang masalah tersebut, pada masa yang sama risau jika suaminya berkahwin lain kerana tidak boleh mengandung. Masalah bermula tatkala Suraya, lakonan Watie Sadali disahkan mengandung. Akhirnya masalah lain timbul apabila anak yang dikandung meninggal dunia dan diganti dengan bayi lain tanpa pengetahuan suaminya.Saat dia membesarkan anak tersebut, Suraya akhirnya dikurniakan seorang lagi anak tetapi berhadapan dengan satu lagi situasi untuk membahagikan kasih sayang antara anak sendiri dan anak angkat. Menambahkan debar tatkala anak-anak mula meningkat remaja dan meminati lelaki yang sama. Satu persatu masalah baru muncul dalam kehidupan keluarga tersebut saban hari.Paling terkesan apabila campur tangan suami yang tidak tahu rahsia besar yang disimpan selama ini akhirnya memburukkan lagi situasi keluarga mereka.


GAMBAR PELAKON













Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Ku Tak Rela (TV3)"

Catat Ulasan