Drama Suami Sebelah Rumah (TV3) - senarai drama adaptasi novel

Drama Suami Sebelah Rumah (TV3)


Drama rantaian adaptasi novel Suami Sebelah Rumah karya Ana Sofiya. Akan bersiaran di slot Iris TV3. Drama terbitan JS Pictures dibawah arahan Jinggo. Dibintangi oleh Izzue Islam dan Ayda Jebat. Saksikan drama ini bersiaran mulai 2 Mac 2015, pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang hanya di TV3. Juga boleh ditonton ulangannya di www.tonton.com.my

JUDUL : SUAMI SEBELAH RUMAH
EPISOD : 20 episod x 30minit
TARIKH : 2 Mac 2015 (Isnin-Khamis, 6.30pm)
SIARAN : Slot Iris TV3
NOVELIS : Ana Sofiya
SKRIP : Rehal Nuharis
PENGARAH : Jinggo (Azman Hj. Yahya)
PENERBIT : Sheila Rusly
TERBITAN : Penerbitan Fajar Pakeer / JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Ayda Jebat, Izzue Islam, Nazrief Nazri, Zulin Aziz, Sheery Al-Hadad, Hanna Aqella, Ben Amirr, Sheila Mambo,

WATAK PELAKON

Ayda Jebat sebagai Eryna Hazwan
Izzue Islam sebagai Dr. Amar
Nazrief Nazri sebagai Azlan
Zulin Aziz sebagai Wani
Sheery Al-Hadad sebagai Anis
Hanna Aqella sebagai Iman
Ben Amirr sebagai Ziyad

LAGU TEMA / OST SUAMI SEBELAH RUMAH

Aisha Hanim - Mata Kunci Cinta
http://youtu.be/KXaMppTs1QU

Forteen - Tidak Pernah Berjumpa
http://youtu.be/WbTg_ekTjis


VIDEO PROMO



SINOPSIS NOVEL SUAMI SEBELAH RUMAH

Mengisahkan Eryna mengahwini suaminya yang tinggal di sebelah rumah. Walaupun mempunyai ikatan sah, mereka tidak hidup serumah. Demi memiliki cinta Eryna, Amar rela menerima syarat Eryna. Namun segalanya tidak seperti yang dirancangkan, timbul persaingan sengit di rumah dan di tempat kerja apabila masing-masingnya ingin memiliki cinta Amar. Sedarkah mereka hati Amar telah dimiliki Eryna? Bagaimana reaksi Eryna apabila suaminya sendiri menjadi rebutan rakan-rakannya?

Segalanya bermula apabila Azlan yang sepatutnya menjadi suami Eryna, telah membatalkan majlis pernikahan mereka di saat akhir setlah egala persiapan telah dibuat. 

Amar nekad untuk mencuri hati Eryna sebelum Azlan kembali menagih kasih. Kerana itu, dia memilih untuk menjadi jiran sebelah rumah isterinya. Kononnya mudah untuk dia mengurat Eryna. Malangnya, bukan Eryna yang jatuh hati tetapi Anis, teman serumah isterinya itu.

Amar memang pandai menganbil hati. Sentiasa berusaha untuk memikatnya. Jadi, sebelum Amar disambar Anis yang dah terpikat sepenuhnya terhadap Amar, Eryna perlu buat keputusan. Kedatangan ibubapa masing-masing menimbulkan lagi huru-hara. Dalam kemelut, Azlan datang menganggu Eryna dan Amar hingga membuat onar menyatakan mereka melakukan maksiat. Begitu juga dengan kehadiran Doktor Wani di hospital yang tak jemu mencanang di hospital yang Doktor Amar tu dia yang punya.

SINOPSIS DRAMA SUAMI SEBELAH RUMAH

Ayda Jebat yang memegang watak sebagi Eryna terpaksa melamar Amar untuk menjadi suaminya apabila tunangnya, Azlan lakonan Nazrief Nazri meminta pertunangan mereka diputuskan pada hari pernikahan mereka. Amar, lakonan Izzue Islam yang ternyata mencintai Eryna sedari kecil menerima permintaan Eryna dengan seikhlas hati. Tanpa pengetahuan ibu bapa masing-masing Eryna memaksa Amar untuk tinggal berasingan setelah mereka berpindah ke Kuala Lumpur. Amar akur dengan kehendak Eryna yang masih lagi belum bersedia untuk membuka pintu hati untuknya. Amar tekad untuk berusaha memikat hati Eryna dan cara terbaik ialah dengan menjadi suami sebelah rumah Eryna!

Kehadiran Amar menceriakan Iman dan Anis, teman serumah Eryna. Eryna sedaya upaya cuba merahsiakan tentang suaminya, yang kini tinggal bersebelahan dengannya. Keadaan menjadi kalut apabila teman serumah Eryna iaitu Anis jatuh hati dengan Amar. Walaupun Eryna pernah menyatakan yang dia tidak akan pernah suka atau jatuh cinta dengan Amar, kesungguhan Amar sedikit sebanyak berjaya mengetuk pintu hatinya namun dia cuba menafikan. Bagaimana reaksi Eryna apabila suaminya sendiri menjadi rebutan rakan-rakannya? Adakah Eryna masih lagi jual mahal dengan suami sebelah rumahnya itu?

GAMBAR PELAKON

















Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Suami Sebelah Rumah (TV3)"

Catat Ulasan