Drama Teman Lelaki Upahan (TV3) - senarai drama adaptasi novel

Drama Teman Lelaki Upahan (TV3)


Novel Teman Lelaki Upahan karya Azura Rasiddin akan diadaptasi ke drama dalam slot Akasia saluran TV3. Drama arahan Azma Aizaal Yusoof yang juga merupakan pengarah untuk drama popular Kerana Terpaksa Aku Relakan. Pelakon utamanya ialah Ungku Ismail Aziz dan Elizad Sharifuddin. Turut dibintangi oleh Izara Aishah, Wan Raja, Shah Iskandar dan ramai lagi. Nantikan tayangan drama ini selepas tamatnya drama Istikharah Cinta, dijadualkan pada 9 Februari, setiap Isnin hingga Khamis jam 6.55petang di TV3.

JUDUL : TEMAN LELAKI UPAHAN 
EPISOD : 28 episod
TARIKH : 9 Februari 2015 (Isnin-Khamis, 6.55petang)
SIARAN : Slot Akasia 2015
PENGARAH : Azma Aizal Yusoof / Idora Abdul Rahman
TERBITAN : Karya Seni / Primeworks Studio
PELAKON : Ungku Ismail Aziz, Elizad Sharifuddin, Izara Aishah, Wan Raja, Shah Iskandar, Fikhree Bakar, Siti Nur Zakiah, Sharifah Alesha, Fazlina Ahmad Daud, Azhan Rani, Dian PRamlee dll

WATAK PELAKON
Ungku Ismail Aziz sebagai Ezwan Lufti / EL
Elizad Sharifuddin sebagai Kyra Lydia
Izara Aishah sebagai Zara
Fikhree Bakar sebagai Haidar
Sharifah Alesha sebagai Sofea
Shah Iskandar sebagai Fareez
Mahmood Ali Basha sebagai Tan Sri Omar
Dian P.Ramlee sebagai Pn Sri Sanisah
Rahhim Omar sebagai Dato Azham
Zarynn Min sebagai Datin Izzaty
Azhan Rani sebagai Malik
Fazlina Ahmad Daud sebagai Alina
Aloy Pradoks sebagai Adam
Elya Miera sebagai Adelina
Siti Nur Zakiah sebagai Najwa
Efazira Sabri sebagai Elena

LAGU TEMA / OST

Judul : Rahsia
Penyanyi : Ippo Hafiz
Lagu / Lirik : AG Coco & Azma Aizal Yusoof

Judul : Setapak & Angin Kencang & Sang Penikam
Artis : Noh Salleh

Judul : Sempurna Waktu & Maafkan Aku
Artis : IR Radzi

VIDEO PROMO




SINOPSIS DRAMA TEMAN LELAKI UPAHAN 

Teman Lelaki Upahan mengisahkan El, pemilik restoran The Spices yang diupah menjadi teman lelaki Kyra Lydia lakonan Elizad Sharifuddin. Disebabkan satu insiden kecil yang berlaku di restoran itu, El terjebak dalam rancangan gila Kyra Lydia. Tanpa pengetahuan keluarga El, hubungan cinta palsu itu terjalin sehingga mereka bersetuju disatukan.

Bagi Lydia, EL lelaki yang sederhana, tapi bagi EL Kyra Lydia adalah gadis yang sombong, berhati batu dan penuh dendam. Dalam tidak sedar,cinta berbunga mekar antara mereka. EL berjaya mengubah perangai buruk Lydia. Pada saat EL ingin meluahkan rasa hati,ujian datang dan menjadikan dia seorang pendendam

Kyra Lydia berdendam pada ayahnya kerana  baginya ayahnya punca ibu meninggalkannya. EL pula kecewa bila kekasih hatinya Zara berkahwin dengan abang longnya sendiri. Hubungan Lydia dan keluarga tirinya semakin baik,namun sebaliknya bagi EL. Kemalangan yang menimpa ayah dan abang longnya membuatkan dia berjanji menjaga Zara yang mengandung.

Lydia tahu,dia terpaksa melupakan EL kerana Zara cinta pertama pada EL.Apabila rahsia tentang ibu kandungnya curang dan penyakit ayahnya diketahui, Lydia mengambil keputusan memutuskan perkahwinannya dengan EL. Perkahwinan dibatalkan. Mulut kata benci, tapi hati kata sayang. Rasa cinta EL yang mekar buat Kyra Lydia dahulunya berganti menjadi dendam. Masihkah ada ruang untuk Kyra Lydia melenyapkan rasa dendam EL yang membara terhadap dirinya?

GAMBAR PELAKON























Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Teman Lelaki Upahan (TV3)"

Catat Ulasan