Drama Dan Calonnya Adalah 2 - senarai drama adaptasi novel

Drama Dan Calonnya Adalah 2


Drama bersiri online 'Dan Calonnya Adalah' kini kembali untuk musim ke-2 dengan menampilkan muka baru, kali ini diterajui oleh Aaron Aziz dan Zara Zya. Drama genre komedi romantik bakal ditayangkan di portal tonton.com.my bermula 4 Mei 2015. Nantikan!

JUDUL : DAN CALONNYA ADALAH 2
EPISOD : 20 episod x 5minit
TARIKH : 4 Mei 2015
PORTAL : Tonton.com.my
PENGARAH : -
PELAKON : Aaron Aziz, Zara Zya, Wanie Nasir

WATAK PELAKON
Aaron Aziz sebagai Aris
Zara Zya sebagai Yasmin

SINOPSIS DAN CALONNYA ADALAH 2

Musim kedua mengikuti kisah Aris, seorang anak hartawan yang dipaksa ibunya untuk mencari jodoh. Aris sebenarnya mempunyai seorang teman wanita bernama Yasmin dan merancang untuk mengahwininya. Tetapi personaliti Yasmin tidak disenangi oleh ibunya, Datin Zana yang kemudiannya meletakkan satu syarat, di mana jika Aris ingin mengahwini Yasmin, dia perlu terlebih dahulu keluar dengan 12 wanita lain. Niat Datin Zana adalah untuk memberi Aris peluang menilai dan menyedari bahawa terdapat ramai lagi wanita lain yang lebih bagus daripada Yasmin untuk dijadikan isteri. Siapakah yang berjaya menawan hati Aris dan ibunya?

GAMBAR PELAKON






Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Dan Calonnya Adalah 2"

Catat Ulasan