Drama Cik Cinderella dan Encik Tengku (Slot lestary Tv3) - senarai drama adaptasi novel

Drama Cik Cinderella dan Encik Tengku (Slot lestary Tv3)

Drama Cik Cinderella dan Encik Tengku (Slot lestary Tv3)-Drama baru adaptasi novel Cik Cinderella dan Encik Tengku karya Airisz Mengisahkan Puteri Nuraisha yang kehidupannya bersama keluarga yang seakan meminggirkannya, Puteri mempunyai seorang ibu tiri dan kakak tiri, Puteri sering terasa terpinggir akan layanan ayahnya yangg sering melebihkan kakak tirinya iaitu Sha. 

Puteri mempunyai seorang kekasih yang bernama Ashraf, seorang lelaki yang sering mengharapkan wang perempuan. Kehidupan Ashraf yang sering dilimpahkan wang oleh keluarganya sendiri, membuatkan perasaan Puteri terhadap Ashraf semakin pudar tatkala Ashraf yang sering meminjam wang tanpa membayarnya semula, semakin hari sikap Ashraf semakin membuatkan Puteri semakin bosan, perkenalan Puteri dengan Daniel yang dikatakan mempunyai raut wajah yang elok membuatkannya semakin jauh hati dengan Ashraf. Sedikit demi sedikit Puteri telah jatuh cinta terhadap Daniel dalam diam, dengan sikap Daniel yang sangat menyenangkan membuatkan Puteri semakin berbunga-bunga terhadap Daniel, tapi dalam masa itu Puteri juga dalam dilema untuk mengahwini Ashraf. Puteri terperangkap antara cintanya terhadap Daniel dan perkahwinan tanpa rasan cinta dengan Ashraf kerana amanat arwah ibunya.

SINOPSIS CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU

JUDUL : CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU
Drama baru adaptasi novel Cik Cinderella dan Encik Tengku karya Airisz
EPISOD : 13 episod
TARIKH / MASA : -
SIARAN : Slot Lestary TV3
NOVELIS: Airisz
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : -
PELAKON : Zahirah Macwilson, Shukri Yahaya, Shah Iskandar, Puteri Aishah, Dato' Eizlan Yusof , Aleeza Shadan, Aida Khaleeda, Sherry Al Hadad, Zulin Aziz




Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Cik Cinderella dan Encik Tengku (Slot lestary Tv3)"

Catat Ulasan