Drama Patahnya Sebelah Sayap lakonan Ummi Nazeera - senarai drama adaptasi novel

Drama Patahnya Sebelah Sayap lakonan Ummi Nazeera

Drama Patahnya Sebelah Sayap lakonan Ummi Nazeera

Drama terbaru di Slot Samarinda TV3 bertajuk Patahnya Sebelah Sayap akan bersiaran pada 20 September ini setiap Isnin hingga Rabu di TV3. Antara pelakon yang membintangi  Aeril Zafrel sebagai Khuzairi, Izzue Islam sebagai Amzar dan Ummi Nazeera sebagai Alisha.
patahnya sebelah sayap sinopsis, novel patahnya sebelah sayap, patahnya sebelah sayap full episode, patah sebelah sayap, lagu patahnya sebelah sayap, patahnya sebelah sayap episod 5, patahnya sebelah sayap episod 1, patahnya sebelah sayap episod 6, download lagu satu peluang lagi, lirik lagu satu peluang lagi, download lagu satu peluang lagi fiq, senarai lagu patahnya sebelah sayap, download lagu lebih dari kata, senarai lagu ost patahnya sebelah sayap, lagu dalam drama patahnya sebelah sayap, lagu dalam patahnya sebelah sayap


INFO DRAMA
Pengarah: Ayie Mustafa
Terbitan: Creative Skill Solution
Tarikh: 20 September 2016
Jumlah episod: 15
Lagu tema: Hancur - Estranged ft Fazura


lagu dalam drama patahnya sebelah sayap

Lagu gandingan antara kumpulan Estranged dan Fazura berjudul Hancur Aku diangkat sebagai lagu tema untuk drama Patahnya Sebelah Sayap yang akan disiarkan di slot Samarinda TV3. Info lanjut drama klik disini.  

Tajuk : Hancur Aku
Artis : Estranged feat Fazura
ost : Patahnya Sebelah Sayap

LIRIK LAGU HANCUR AKU - ESTRANGED FEAT FAZURA

Apa khabar teman ?
Ku perlu bicara
Kerna aku hilang
Tanpa kamu
Apakah ertinya ?
Ke semua ini
Ku merindukan kehadiranmu

Hancur, hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku
Hancur, Hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku

Apa khabar teman ?
Ku tunggu bicara
Harap engkau cari diri aku
Apakah ertinya ?
Kesudahan ini
Sepatutnya kau rindu
Kehadiranku

Hancur, hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku
Hancur, Hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku

Bila engkau tiada (bila engkau tiada)
Rindu kau bicara
Hancur, hancur aku

Bila teringatkanmu (ku teringatkanmu)
Hancur, hancur saja
Bila inginkan mu
Hancur aku (hancur aku)

SINOPSIS PATAHNYA SEBELAH SAYAP
Drama Patahnya Sebelah Sayap lakonan Alisha (Ummi Nazeera), yaitu seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat oleh kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.

Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. 

Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.

Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya. 

Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa langgar lari Amzar


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Patahnya Sebelah Sayap lakonan Ummi Nazeera"

Catat Ulasan