Drama Awak Sangat Nakal

Drama Awak Sangat Nakal

Sebuah lagi drama melayu adaptasi novel bakal disiarkan di Astro Ria 104 dan Ria HD 123. Kali ini novel Awak Sangat Nakal karya Syamnuriezmil. Sebelum ini, drama Tuan Anas Mikael dan Suami Tanpa Cinta merupakan adaptasi daripada novel penulis yang sama.

Drama Awak Sangat Nakal ini bakal menggandingkan Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat sebagai teraju utama. Drama yang mempunyai 16 episod ini akan mula tayang pada bulan November tahun ini. Selain Ayda Jebat dan Sharnaaz Ahmad, pelakon lain yang terlibat adalah Ika Nabella, Tash Yong, Fadilah Mansor, Hefny Sahad, Farouk Hussain.

Pengarah drama Awak Sangat Nakal ini adalah Azmi Hatta dan merupakan salah satu drama terbitan Orangetree Production Sdn Bhd.

Sinopsis Drama Awak Sangat Nakal

Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya. 
Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.
Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu.
Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Drama Awak Sangat Nakal Drama Awak Sangat Nakal Sebuah lagi drama melayu adaptasi novel bakal disiarkan di Astro Ria 104 dan Ria HD 123. Kali ini novel Awak Sang… Read More...
  • Drama Umairah [TV3] Drama Umairah [TV3] Nantikan drama terbaru arahan Along Kamaludin bertajuk Umairah. Drama terbitan Layar Ceritera Sdn Bhd ini membariskan p… Read More...
  • Drama 2000KM ke Al-Haram Drama 2000KM ke Al-Haram Sebuah drama terbaru bakal ditayangkan di slot widuri TV1 yang ditunjangi Mia Ahmad dan Syazwan Zulkifli sebagai … Read More...
  • Drama Amsyar [TV9] Drama Amsyar [TV9] Drama terbaru bertajuk Amsyar akan menggantikan drama Samudera Rindu di TV9 dan ulangan di TV3. Drama ini membariskan p… Read More...
  • Sinopsis Drama Nahu Rindu (TV3) Sinopsis Drama Nahu Rindu (TV3) Drama Nahu Rindu yang bakal ditayangkan di TV3 dalam bulan November tahun ini. Drama arahan Eoon Suhaimi … Read More...

0 Response to "Drama Awak Sangat Nakal"

Catat Ulasan