Drama Umairah [TV3]

Drama Umairah [TV3]

Nantikan drama terbaru arahan Along Kamaludin bertajuk Umairah. Drama terbitan Layar Ceritera Sdn Bhd ini membariskan pelakon seperti Lufya Omar, Amar Asyraf, Shah Iskandar, Shiqin kamal dan ramai lagi. Drama ini akan menggantikan drama Patahnya Sebelah Sayap di Slot Samarinda TV3.

Profil Drama Umairah
Judul : Umairah
Episod : 15 episod
Tarikh Tayangan : 25 Oktober 2016
Siaran : Slot Samarinda TV3
Pengarah : Along Kamaludin
Skrip : Eja Lorena
Studio : Layar Ceritera Sdn Bhd
Pelakon : Lufya Omar, Amar Asyraf, Shah Iskandar, Rahim Jailani, Dilla Ahmad, Shiqin kamal, Shah Sulaiman, Octovia Manrose, Kodi Rasheed, Baby Sofea.

Sinopsis

Mengisahkan tentang liku-liku perjalanan hidup yang dilalui oleh seorang wanita bernama Puteri Nur Umairah Dato Amir. Puteri sulung kepada seorang jutawan dan usahawan terkenal iaitu Dato’ Amir yang juga pemilik syarikat perkapalan terkemuka negara, Garuda Global. Ibunya Datin Sumaiyyah meninggal dunia ketika melahirkan adiknya, Puteri Nur Sabrina. Umairah dan Sabrina dibesarkan oleh papa mereka, Dato’ Amir dan pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Tokma . Perlakuan dan sifat Umairah dan Sabrina ketara berbeza. Umairah gadis yang lemah lembut dan bersopan santun serta penyabar. Manakala Sabrina pula kasar perlakuannya, suka memberontak dan lebih agresif. Namun dia sangat rapat dan sayangkan kakaknya.

Umairah sabar dan tabah dalam menghadapi pelbagai ujian. Bagaimana dia mencari kebenaran diatas apa yang terjadi pada adiknya Puteri Nur Sabrina. Bagaimana dia bangkit dari kekecewaan apabila melihat cinta hatinya Adam berkahwin dengan orang lain. Malah dirinya sendiri telah dijodohkan dengan orang kepercayaan ayahnya iaitu Shahrizal. Siapakah Shahrizal ni sebenarnya?

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Telefilem TV3 Embun Di Hati Siaran ulangan telefilem Embun Di Hati lakonan Noorkhiriah dan Zamarul Hisham pada 16 November ini, Sabtu pukul 2 petang di TV3.Telefilem Em… Read More...
  • Drama Lara Kasih TV3Drama bersiri Lara Kasih yang merupakan diadaptasi daripada novel Tentang Hati Lara karya Nueen. Drama 15 episod ini diterbitkan oleh Tanah … Read More...
  • Drama Antara Dua Syurga TV3Drama bersiri Antara Dua Syurga terbitan Lumatic Films menampilkan lakonan Nabil Aqil dan Tracie Sinidol akan datang di slot Samarinda TV3.D… Read More...
  • Drama Dhia Kasyrani TV3Drama bersiri Dhia Kasyrani adaptasi daripada novel Adanya Dhia karya Sophilea bakal menghiasi slot Akasia TV3. Drama terbitan Tanah Beris F… Read More...
  • Drama Skuad X TV3Drama bersiri 'Skuad X' diterbitkan oleh FJ Pictures Sdn Bhd dibawah arahan Feroz Kader akan bersiaran mulai 22 November 2024, setiap Khamis… Read More...

0 Response to "Drama Umairah [TV3]"

Catat Ulasan