Sebenarnya Saya Isteri Dia Full Episodes - senarai drama adaptasi novel

Sebenarnya Saya Isteri Dia Full Episodes

Sebenarnya Saya Isteri Dia Full Episodes

Sebenarnya, Saya Isteri Dia! ialah sebuah drama televisyen yang ditayangkan pada setiap hari Jumaat di TV3 menerusi Slot Zehra mulai 29 Mac 2013. Drama arahan Raja Ahmad Alauddin ini merupakan drama adaptasi dari novel "Sebenarnya, Saya Isteri Dia!" terbitan Karya Seni yang ditulis oleh Zura Asyfar. Teraju utama untuk drama ini ialah Tiz Zaqyah dan Izzue Islam.

Sinopsis drama

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Firash Arshad. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya gila dating dengan orang lain?" – Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

Watak Utama

Tiz Zaqyah memegang watak sebagai Syafa Aqira di dalam drama ini.
Watak Utama

Tiz Zaqyah sebagai Syafa Aqira
Izzue Islam sebagai Firash Arshad
Watak Pembantu

Qi Razali sebagai Haqimy
Azlee Khairi sebagai Raimy
Uqasha Senrose sebagai Rania
Wilma Muhammad sebagai Datin Farizah
Mustapha Kamal sebagai Datuk Fakhrul
Fezrul Khan sebagai Farish Adryan
Marissa Yasmin sebagai Puan Aida
Aman Nassim sebagai Mie
Ikhlas Jalil sebagai Fikri
Myza Rafika sebagai Fara
Elya Miera sebagai Zara
Nur Dayana Kamsun sebagai Imah
Apple Sofea sebagai Sarah
Ernida sebagai Awin
Penampilan Istimewa

Fadhil Dani sebagai Tok Mi
Wan Maimunah sebagai Tok Wan
Watak Kanak-Kanak

Bella Dowanna Halim sebagai Syafa Aqira (kecil)
Firdaus Ghufran sebagai Firash Arshad (kecil)
Zuldavvien Izzya sebagai Syidah
Watak Tambahan

Megat Shamsuddin sebagai Imam
Ujang Mohd Shariff sebagai Polis
Meor Wan Fareez sebagai Penyiasat
Qasehku Al-Habshee sebagai Mak Andam
Zetty Shahibullah sebagai Frisha
Shieda Aris sebagai Mak Jah
Ahmad Safi Ban sebagai Pengawal
sumber wikipedia

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sebenarnya Saya Isteri Dia Full Episodes"

Catat Ulasan