Drama Urusan Hati Cik Drama Queen - senarai drama adaptasi novel

Drama Urusan Hati Cik Drama Queen

Drama Urusan Hati Cik Drama Queen

Drama Urusan Hati Cik Drama Queen terbitan Dark Wave Pictures, drama bersiri adaptasi novel Urusan Hati Cik Drama Queen akan memulai siaran pada 6 Februari 2017 selepas berakhirnya Sayang Papa Saya Tak?. 

Urusan Hati Cik Drama Queen lakonan Scha Alyahya dan Aiman Hakim Ridza

Daftar pelakon Drama Urusan Hati Cik Drama Queen

Scha Alyahya
Aiman Hakim Ridza
Randy Pangalila
Ozlynn
Ungku Hariz
Adriana Adnan
Nazrief Nazri
Aizat Hassan
Shiela Mambo 

Sinopsis Drama Urusan Hati Cik Drama Queen (Versi Novel)

memang betul kata orang. Nak lupakan cinta lama, kita kena temui cinta yang baru. Perkenalan dengan jiran baru yang awalnya kelat-kelat masam, akhirnya juga akan melahirkan rasa cinta yang baru.

Lantaklah kalau lelaki itu anak Che Yam sekalipun. Nak buat macam mana? Hati Syazlin sudah terlanjur suka pada Fadhlan. Kali ini dia nekad. Perasaan harus diluahkan. Di atas tiga helai kertas, dia karang ayat-ayat cinta untuk lelaki itu. Siap tabur bedak wangi lagi. Tapi… rupa-rupanya Fadhlan sudah ada kekasih hati. Malunya dia apabila mengenangkan surat tiga helai yang boleh mengundang sesiapa pun untuk ‘termuntah hijau’ selepas membacanya.

Macam mana ni?! Kenapa lah hidup dia terlalu banyak drama? Pantang bercinta… pasti putus cinta. Syazlin pun tak tahu sama ada putera idamannya itu sebenarnya wujud ataupun tidak. Mungkinkah putera idamannya itu ialah Faris yang sudah menjadi suami orang atau Fadhlan yang baru sekadar menjadi tunangan orang?


“Selagi hati dia begitu dan hati aku begini, sampai bila-bila pun urusan hati kita belum selesai.”






Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Urusan Hati Cik Drama Queen"

Catat Ulasan