Sinopsis Surf This Love Gelora Juara - senarai drama adaptasi novel

Sinopsis Surf This Love Gelora Juara

Sinopsis Surf This Love Gelora Juara

Sinopsis Surf This Love Gelora Juara
TAJUK : SURF THIS LOVE : GELORA JUARA
Tarikh Tayangan : 22 Februari 2018
Genre : Komedi / Romantik
Pengarah : Waan Hafiz
Skrip : Waan Hafiz & Shamsul Hazreai
Terbitan : Global Solution Resources (GSR) Sdn Bhd / Cloud Niners
Pelakon : Shukri Yahaya, Cristina Suzzane, Pekin Ibrahim, Josiah Hogan, Mustaqim Bahadon, Syuhaida Abraz, Ardell Aryana, Fazreena Faizul, Syuhaida Abraz, Idan Aedan

WATAK PELAKON 
Shukri Yahaya sebagai Billy
Christina Suzanne sebagai Mia
Ardell Aryana sebagai Lia
Pekin Ibrahim sebagai Jimmy John
Josiah Hogan sebagai Mike Malaya
Mustaqim Bahadon sebagai Bobby
Syuhaida Abraz sebagai Siti

SINOPSIS SURF THIS LOVE
Billy (20an) bekerja dengan kakaknya, Siti (30an) sebagai pemandu pelancong di Pulau Tioman. Sejak kecil, Billy sangat suka dengan sukan surfing (luncur ombak) kerana dia mendapat sumber inspirasi dari arwah abangnya iaitu Bobby yang merupakan seorang juara luncur ombak yang terkenal. Selain Bobby, Mike Malaya (30an) dan Jimmy (30an) yang juga sahabat arwah abangnya juga handal dalam sukan luncur ombak, turut menjadi idola Billy.

Walaupun sangat obsess dengan sukan surfing sejak dia berusia 12 tahun hinggalah sekarang Billy tidak pernah betul-betul cekap dan handal bermain dengan surf board dan ombak. Pencapaiannya dalam sukan ini terbantut kerana arwah abangnya Bobby mati dalam satu pertandingan sukan luncur ombak di Bali. Manakala Jimmy yang masih berkawan dengannya hingga kini dan tinggal tidak jauh dari rumahnya juga enggan mengajarnya kerana Jimmy mengalami kecacatan di kaki. Kesan dari kecederaan di kakinya dan juga sejak kematian Bobby, Jimmy bagaikan sudah ‘patah hati’ dengan sukan luncur ombak. Mike Malaya pula sejak kematian Bobby, dia telah merantau ke seluruh dunia bagi menyertai sukan luncur ombak. Maka terpaksa lah Billy terkial-kial berlatih surfing sorang diri tanpa tunjuk ajar sesiapa pun. Walaubagaimanapun, apa jua cabaran dan kesusahan, minat Billy dengan sukan ini tidak pernah luntur.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sinopsis Surf This Love Gelora Juara"

Catat Ulasan