Drama Ti Amo Sweetheart 100 Hari
drama adaptasi novel Ti Amo Sweetheart 100 Hari karya Suri Ryana yang akan mengisi slot MegaDrama di Astro Ria. Menampilkan gandingan Zul Ariffin dan Neelofa. Diarahkan oleh Michael Ang. Dijadwalkan tayangannya pada bulan agustus nanti.
TAJUK : TI AMO SWEETHERT 100 HARI
TARIKH TAYANGAN : Ogos 2018
SIARAN TV : Astro Ria 104 & Ria HD 123
PENULIS SKRIP : Mirrada, Riqmal EG, PGRs Team
PENULIS NOVEL : Suri Ryana
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Hyper Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Zul Ariffin, Neelofa, Nur Qistina Raisah, Scha Alyahya, Fahad Iman, Elvina Mohamad, Syerinie Myra, Raja Afiq, Adam Shadan
WATAK PELAKON
Zul Ariffin sebagai Isaac Iskandar
Neelofa sebagai Malissa
Nur Qistina Raisah sebagai Dina
Scha Alyahya sebagai Rania
SINOPSIS TI AMO SWEETHERT 100 HARI
Satu penipuan, satu fitnah. Malissa ditinggalkan oleh suaminya Iskandar setelah setahun mereka mendirikan rumah tangga. Dina, permata hati Malissa dibawa pergi bersama Iskandar. Dua tahun Malissa cuba menjejaki Iskandar sehinggalah seorang lelaki misteri membekalkannya maklumat terkini keberadaan Iskandar. Demi sebuah penjelasan, Malissa nekad ke Itali untuk bersemuka dengan Iskandar. Satu insiden di apartmen Iskandar menemukan Malissa dan Dina semula. Tidak mahu Dina kemurungan akibat berpisah sekali lagi dengan Malissa, Iskandar membuat satu tawaran. Malissa menjadi babysitter Dina hinggalah khidmatnya tidak diperlukan lagi.
0 Response to "Drama Ti Amo Sweetheart 100 Hari"
Catat Ulasan