Drama popular bulan mei 2018 - senarai drama adaptasi novel

Drama popular bulan mei 2018

Drama popular bulan mei 2018

1. Drama Nur (TV3) Amyra Rosli & Shafiq Kyle

drama bersiri bertajuk 'NUR' yang menampilkan gandingan Amyra Rosli dan Syafiq Kyle. Sebuah drama terbitan Radius One Sdn Bhd, hasil karya Shahrulezad Mohameddin. Akan bersiaran sepanjang bulan Ramadan bermula 14 Mei ini, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di slot Samarinda TV3.

2. Drama Isteri Untuk Diiktiraf (TV1)
drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf adaptasi daripada novel karya Nurfaza Alisya. Dibintangi oleh Redza Rosli, Elvina Mohamad, Janna Nick, Dayana Roza, Sheila Rusly dan ramai lagi. Diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd dibawah arahan Azman Yahya. Akan disiarkan setiap hari sepanjang Ramadan, mulai 16 Mei ini, pukul 7 malam di TV1. Bagi yang ketinggalan boleh menonton menerusi portal myklik.rtm.gov.my atau melalui aplikasi RTM Mobile.

3. Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi (TV3)
 drama adaptasi novel Halalkan Hati Yang Kucuri karya Mia Kiff yang akan mengisi slot Akasia di TV3. Dibintangi oleh Aliff Aziz, Farah Nabilah, Shah Iskandar, Mimi Lana dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Hashim Rejab dibawah terbitan produksi Country & Universal Sdn Bhd. Akan menemui penonton mulai 23 Mei ini, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam di TV3.

4. Drama Rahsia Hati Perempuan
drama Rahsia Hati Perempuan yang bakal disiarkan di slot MegaDrama saluran Astro Ria. Menampilkan gandingan Hisham Hamid, Mira Filzah, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose sebagai teraju utama. Drama bersiri arahan Michael Ang ini bakal bersiaran disiarkan menjelang Ramadan nanti.

5. Drama Klik! Pengantin Musim Salju
drama adaptasi novel 'Klik! Pengantin Musim Salju' karya Suri Ryana yang akan menemui penonton di Astro Ria. Mengandingkan Alif Satar dan Siti Nordiana sebagai teraju utama. Turut dijayakan oleh Atikah Suhaime, Adam Lee, Cik Manggis, Dafi, Ardell Aryana, Lan Solo dan ramai lagi. Drama bersiri 20 episod ini diarahkan oleh sutradara Hadith Omar. Akan disiarkan bermula 14 Mei, setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam di Astro Ria (104), Astro Ria HD (123) dan Astro Ramadan HD (122).

6. Drama Bila Aidil Ada Fitri
drama berjudul 'Bila Aidil Ada Fitri' adaptasi daripada novel 'Raya = Aidil + Fitri' karya Yumi Hyra. Menampilkan gandingan Ungku Ismail Aziz dan Siti Saleha sebagai teraju utama. Drama romantik kemodi ini diarahkan oleh Osman Ali. Akan menemui penonton bermula 14 Mei ini, setiap hari Isnin hingga Rabu jam 9 malam di Astro Oasis 106  dan Maya HD 135.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama popular bulan mei 2018"

Catat Ulasan