Bawaku Terbang ntv7 - senarai drama adaptasi novel

Bawaku Terbang ntv7

Telefilem Bawaku Terbang lakonan Nafiz Muaz, Hafiz Nolan, Bella Nazari dan Ain Edruce pada Ahad, 22 Disember 2018, jam 9:30 malam di ntv7.

JUDUL : BAWAKU TERBANG
WAKTU SIARAN : Ahad, 22 Disember 2018, 9:30 malam
SIARAN TV : Slot Luna (ntv7)
PENGARAH : Kas Roshan
PRODUKSI : Excellent Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Nafiz Muaz, Hafiz Nolan, Bella Nazari, Ain Edruce, Miera Rahim

LAGU : Terbang Denganmu - Panic Room

SINOPSIS BAWAKU TERBANG
Dikisahkan Am seorang gamers yang sangat suka menghabiskan waktunya dengan bermain game. Antara game kegemarannya adalah game penerbangan. Suatu hari Am dicabar oleh salah seorang gamer untuk masuk ke akademi penerbangan untuk menjadi seorang juru terbang sebenarnya. Am berusaha mengambil semula SPM dan memohon pembiayaan untuk melayakkan dia untuk masuk ke Akademi penerbangan itu.

Setelah melalui pelbagai halangan akhirnya Am berjaya menjejakkan kaki ke Akedemi Penerbangan untuk menjadi juruterbang sebenarnya. Bagaimanapun,  sebaik diterima sebagai kadet, Am menyedari  satu lagi halangannya iaitu GAYAT!  Am hampir berputus asa namun setelah diberi semangat oleh jurulatihnya, Kapten Wan, Am berjaya mengatasi fobianya itu. Am yang sering menjadi bahan kutukan mengadu nasib kepada Julie, seorang kadet wanita yang sama-sama dalam akademi itu.

Lama-kelamaan hubungan antara mereka mula rapat tanpa mengetahui sebenarnya Julie merupakan gamers yang pernah mencabar Am dulu. Akhirnya Am dan Julie sama-sama berjaya menamatkan latihan mereka dan menjadi seorang juruterbang.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bawaku Terbang ntv7"

Catat Ulasan