Drama Aku Cinta Dia TV3 - senarai drama adaptasi novel

Drama Aku Cinta Dia TV3

Drama bersiri Aku Cinta Dia bakal mengisi slot Lestary di TV3. Menemukan gandingan Aiman Hakim dan Hannah Delisha. Drama 20 episod terbitan Saphire Screen diarahkan oleh Bahri Uma. Bakal menemui penonton bermula 26 Disember 2018, setiap Rabu hingga Jumaat, pukul 9 malam di TV3.

JUDUL : AKU CINTA DIA
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 26 Disember 2018
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Sofia J Rhyland
PENGARAH : Bahri Uma
PRODUKSI : Saphire Screen Sdn.Bhd
PELAKON : Aiman Hakim, Hannah Delisha, Nadia Brian, Ikmal Amry, Fahad Iman, Nasz Sally, Yuna Rahim, Catriona Brian, Fauzi Nawawi, Hafiz Bahari, Elly Mazlein, Zul Huzaimy, Miera Leyana, Natasha Elyzza, Raja Hakim, Idzham Ismail, Zaefrul Nordin

WATAK PELAKON 
Aiman Hakim sebagai Affan
Hannah Delisha sebagai Laila
Nadia Brian sebagai Sarina
Ikmal Amry sebagai Akbar
Fahad Iman sebagai Ikhwan
Catriona Brian Ross sebagai Puan Zaity
Fauzi Nawawi sebagai Dr Azhar
Hafiz Bahari sebagai Ili
Elly Mazlein sebagai Rima
Zul Huzaimy sebagai Luq
Nasz Sally sebagai Bib
Yuna Rahim sebagai Isya
Natasha Elyzza sebagai Ariana

LAGU TEMA / OST 
Neon Band - Hingga Akhir Nanti

SINOPSIS AKU CINTA DIA
Mengisahkan hidup seorang gadis yang bernama Laila dalam meneruskan kehidupannya walaupun cinta yang dibina bersama bakal suaminya, Ikhwan, putus di tengah jalan.

Laila kecewa Ikhwan tidak hadirkan diri di majlis pernikahan. Lantas dia membawa diri ke luar negara seorang diri untuk mendapatkan ketenangan hati. Dia juga terpaksa menanggung malu tetapi bernasib baik kerana mendapat sokongan penuh daripada ibunya.

Tersalah membuat penempahan bilik adalah antara cabaran yang terpaksa dihadapi Laila setibanya di Amsterdam. Setelah mendapatkan tempat tinggalnya, dia keluar bersiar-siar.

Laila berkenalan dengan Sarina, seorang yang peramah dan popular di media sosial Instagram. Laila diberi kesempatan menyewa bilik di rumah penginapan Sarina setelah menceritakan apa yang telah berlaku.

Pertemuan Laila bersama Affan yang baru tiba dari Malaysia untuk melawat Sarina telah menemukan Laila dengan instacrushnya itu. Masing-masing tidak tahu sebab sebenar Laila di sana. Mereka bertiga semakin rapat.

Laila membuka cerita kedatangannya ke Amsterdam kerana suka melihat posting Instagram yang dimuat naik Affan. Tanpa diduga, Affan menawarkan diri untuk membawa Laila ke tempat-tempat tersebut.

Affan menunaikan janjinya. Laila hampir lupa kisah yang telah ditinggalkannya di Kuala Lumpur dan dia berasa amat gembira dengan semuanya sehinggalah dikejutkan dengan berita perkahwinan Ikhwan bersama rakan serumahnya sendiri iaitu Nel. Berita ini mengundang sedih dan Laila akhirnya menceritakan perkara itu kepada Affan.

Perasaan suka mula timbul. Affan memutuskan untuk melamar Laila dan ingin bernikah secepat mungkin. Laila terkejut dengan lamaran itu. Mereka berkahwin di Amsterdam. Pada masa yang sama, Sarina ingin mencari ayah kandung mereka di Malaysia tetapi tidak mendapat persetujuan dari Affan.

Laila pula runsing memikirkan penerimaan keluarganya. Dapatkah Sarina berjumpa dengan ayah kandungnya? Bagaimanakah reaksi Dr. Azhar dan Puan Zaity tentang perkahwinan anak mereka di Amsterdam?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Aku Cinta Dia TV3"

Catat Ulasan