Telefilem Genesis TV3 - senarai drama adaptasi novel

Telefilem Genesis TV3

Telefilem Genesis TV3
Telefilem Genesis terbitan Kuasatek Pictures di slot Cerekarama TV3 pada Sabtu pukul 9 mlaam. 

JUDUL : GENESIS 
WAKTU SIARAN : Sabtu, 1 Disember 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Ahmad Mustadha
PRODUKSI : Kuasatek Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Aeril Zafrel, Dato Jalaluddin Hassan, Aida Khalida, Aziza Kazan, Miera Leyana, Tash Yong, Ayuna Yusof, Ahmad Idham

SINOPSIS GENESIS 
Lebih kurang 30 tahun yang lampau, Dtk. Bakhtiar pernah bercinta dengan Zakiah. Apabila mendapati Zakiah telah mengandung dan enggan menggugurkannya, Dtk. Bakhtiar telah meninggalkannya dan terus menghilangkan diri.


Setelah 30 tahun berlalu, Dtk. Bakhtiar yang kini seorang tokoh korporat yang berjaya, membiarkan syarikatnya di uruskan oleh Amirul sebagai “C.O.O.” yang amat dipercayai kerana masing-masing banyak persamaan dari segi karektor dan disiplin kerja. Segala keputusan yang diambil oleh Amirul seperti menawarkan Asha untuk menyertai pasukannya, sentiasa di restui Dtk. Bakhtiar yang sudah kematian isteri dan tidak mempunyai anak.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Telefilem Genesis TV3"

Catat Ulasan