Sabtu, 23 Februari 2019

Drama Suluhkan Aku Cahaya TV3

Drama Suluhkan Aku Cahaya TV3 lakonan Redza Rosli, Ain Edruce dan Jalil Hamid pada Sabtu, 16 Februari, pukul 9:30 malam di TV3.

JUDUL : SULUHKAN AKU CAHAYA
WAKTU SIARAN : Sabtu, 16 Februari 2019, 9:30 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Siti Solehah Abdul Ghani
PENGARAH : Ismail Yaacob
PRODUKSI : ZK Creative Sdn Bhd
PELAKON : Redza Rosli, Ain Edruce, Jalil Hamid, Idris Md Diah

SINOPSIS SULUHKAN AKU CAHAYA
Dikisahkan sosok yang bernama Zulaikha berkahwin dengan Syarif selepas mendapat restu daripada bapanya Ustaz Jamal. Persetujuan itu selepas melihatkan Syarif seorang yang arif bab agama dan boleh membimbing anak tunggalnya.  Selepas berkahwin, Syarif maklumkan sebenarnya  dia jahil agama dan sebelum ini hanya lakonan sahaja. Zulaikha pada mulanya kecewa dengan sikap suaminya namun dia demi cinta dia ingin membantu Syarif. Perbualan mereka didengari oleh Ustaz Jamal lalu Ustaz Jamal lantas dia meminta  mereka untuk tinggal dengannya. Bermulalah kehidupan baru Syarif di rumah mentuanya setiap malam dikejutkan untuk solat jemaah. Syarif mempersoalkan selama ini dia tidak pernah bersolat tetapi boleh berjaya juga. Ustaz Jamil terkejut dengan kenyataan menantunya itu.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Drama Suluhkan Aku Cahaya TV3

0 komentar:

Catat Ulasan