Drama Kamar Kamariah TV3

Drama Kamar Kamariah TV3

Drama bersiri yang berjudul Kamar Kamariah yang bakal mengisi slot Akasia di TV3. Dibintangi oleh Fizz Fairuz, Nabila Huda, Syafie Naswip, Aidil Aziz dan ramai lagi. Drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin. Akan bersiaran bermula 17 April, setiap hari Isnin hingga Jumaat, 7 malam di TV3.

JUDUL : KAMAR KAMARIAH
JUMLAH EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 17 April 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Sharifah Abu Salem
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Nabila Huda, Fizz Fairuz, Tasha Shilla, Syafie Naswip,  Riena Diana, Aidil Aziz, Engku Faridah, Shuhanty Hanafiah, Zetty Shahibullah, Ismail Yaacob, Rose Aida, Mohamad Sobri Hussain, Halimah Naim, Syaza Irwinie, Faiz Katek, Shyrim, Nurzahra Aisyah, Maleq Fadhal, Shaiful Aqhil, Halmy Hamizan, Sharifah Nabila, Najwa Jaafar

WATAK PELAKON Drama Kamar Kamariah
Fizz Fairuz sebagai Murad
Nabila Huda sebagai Kamariah
Tasha Shilla sebagai Sally
Syafie Naswip sebagai Qhalif
Riena Diana sebagai Ratna
Aidil Aziz sebagai Hisyam
Engku Faridah sebagai Hafsah
Shuhanty Hanafiah sebagai Sarah
Zetty Shahibullah sebagai Maimun
Ismail Yaacob sebagai Pak Jalil
Rose Aida sebagai Ummu Jannah
Mohamad Sobri Hussain sebagai Ustaz Kahiril
Halimah Naim sebagai Kak Peah
Syaza Irwinie sebagai Shila
Faiz Katek seabgai Ronny
Shyrim sebagai Razman
Najwa Jaafar sebagai Maria
Nurzahra Aisyah sebagai Baby Qhalif
Maleq Fadhal sebagai Qhalif
Shaiful Aqhil sebagai Qayyum
Halmy Hamizan sebagai Qayyum
Sharifah Nabila sebagai Qistina

LAGU TEMA / OST Drama Kamar Kamariah
Aku Bukan Malaikat - Dato Siti Nurhaliza
Misteri - Ernie Zakri
Hatiku Milikmu - Siti Nordiana
Kisah Antara Kita - One Avenue Band

SINOPSIS KAMAR KAMARIAH 
Diceritakan di Drama Kamar Kamariah bahwa kehidupan suami isteri bahagia pada pandangan orang lain. Namun isterinya derita sepanjang kehidupan bersama suami. Kekejaman dan kezaliman Murad kepada isterinya, Kamariah tidak pernah diketahui orang sekeliling. Dalam naskhah ini juga, menghimpunkan kesabaran isteri yang diduga dengan kezaliman suami. Saban hari dipukul dan disepak teranjang, namun dia masih bertahan.

Kamariah wanita dianiaya sejak muda lagi. Kamariah diperkosa oleh lelaki mabuk yang tidak mengaku perbuatannya. Kamariah menganggap kejadian itu balasan tuhan atas pekara maksiat yang dilakukannya. Kamariah berkahwin dengan Murad.

Murad merupakan seorang lelaki alim dan berhati mulia disisi pandangan orang kampung. Namun sebaliknya Murad berselindung menjalankan perniagaan kelab malam. Dia perlu berkahwin dengan Kamariah atas pilihan ibunya. Konflik bertambah apabila Murad mengetahui kisah silam Kamariah dan Kamariah melahirkan anak yang dianggap bukan darah dagingnya. Keadaan itu menyebabkan Murad menjadi baran dan mendera Kamariah.

Kamariah terpaksa merahsiakan yang dia menjadi mangsa deraan Murad  kerana Kamariah sentiasa bimbang Murad akan membunuh anaknya. Didepan keluarga, Murad melayan Kamariah dengan penuh kasih sayang.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Kamar Kamariah TV3"

Catat Ulasan