REVIEW Bu Kasih Suci Pengorbanan Seorang Ibu
Filem Bu Kasih Suci yang bakal menemui kamu pada 11 April 2019 adalah filem yang sangat ditunggu-tunggu oleh peminat filem industri Melayu. Diterbitkan oleh mm2 Entertainment yang diarahkan oleh Jeany Amir ini menerapkan nilai-nilai kasih sayang antara ibu dan anak yang sarat dengan pengajaran.
TAJUK : BU - KASIH SUCI
Tarikh Tayangan : 11 April 2019
Genre : Keluarga
Skrip : Choor Choon Keat, Jeffrey Chiang, Hamiza Binti Abdul Halim
Cerita Asal : Melvin Ang
Pengarah : Jeany Amir
Terbitan : MM2 Entertainment
Pelakon : Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Dian P.Ramlee, Iedil Putra, Nadia Brian, Rashidi Ishak, Mawar Rashid, Wan Hanafi Su, Tia Sarah
WATAK PELAKON
Remy Ishak sebagai Hafiz
Nadiah Bria sebagai Norimah
Dian P.Ramlee sebagai Kak Mah
Mawar Rashid sebagai Diana
Iedil Putra sebagai Zack
Nadiya Nisaa seabgai Aishah
Rashidi Ishak seabgai Norman
Tia Sarah sebagai Julie
Sinopsis Filem Bu Kasih Suci
Impian Kak Mah (Dian P.Ramlee) untuk memperoleh cucu mulai retak apabila menantu perempuannya, Diana (Mawar Rashid) tidak berhasrat memiliki zuriat dalam masa terdekat kerana memberi fokus terhadap kariernya. Walaupun mendapat sokongan daripada suaminya, Zack (Iedil Putra) namun Kak Mah tidak bersetuju dengan keputusan itu.
Menambah kemelut, kedua mertua dan menantu itu tidak mengetahui syarikat arkitek milik Zack sebenarnya berhadapan masalah dan terpaksa gulung tikar. Secara tak langsung menjadi penganggur.
Aishah (Nadiya Nisaa), seorang suri rumah berasa hidupnya semakin tertekan dan tidak dihargai apabila suaminya, Norman (Rashidi Ishak) yang bekerja sebagai doktor lebih fokus keoada kerjaya. Anak perempuan mereka, Julie (Tia Sarah) pula jarang ada di rumah dan suka bergaul dengan komuniti cosplay. Julie merasa kasih sayang lebih daripada rakan-rakannya apabila bapanya tidak menghiraukannya dan keluarganya tidak seperti dahulu lagi. Akibatnya, hubungan mereka bertiga mula renggang dan Aishah mula meragui keputusan sendiri yang sanggup melepaskan impian demi keluarga tetapi pengorbanannya tidak dihargai.
Hasrat Hafiz (Remy Ishak) dan isterinya, Norimah (Nadiah Brian) termakbul apabila wanita ini disahkan hamil setelah sekian lama mereka menanti berita gembira itu. Walaupun Hafiz yang bekerja sebagai tukang masak dipecat tetapi hubungan mereka semakin rapat malah Norimah menyokong Hafiz untuk mengejar impiannya menjadi novelis.
Permulaan cerita bermula apabila Hafiz dan Norimah hampir dilanggar kereta yang meluncur laju di hadapan mereka dalam masa yang sama, Aishah juga tertekan dengan layanan ahli keluarganya menjadikan tanda tanya siapa yang dilanggar kereta berkenaan.
Sesuai tajuk, ‘BU Kasih Suci’ banyak mengetengahkan elemen kekeluargaan dan pengorbanan seorang wanita memberikan yang terbaik untuk keluarganya. Yang sanggup meninggalkan minatnya, mempertahankan maruah anak yang bersalah dan menahan kesakitan menimang cahaya mata bagi membentuk keluarga yang diimpikan suami.
Tetapi alangkah bagusnya jika BU Kasih Suci ini dimainkan pada Hari Ibu sejajar dengan peristiwa yang amat istimewa untuk wanita yang bergelar ibu. Filem ini menghasilkan sinematografi yang cantik dan membanggakan. Malah plot ceritanya berkait antara satu sama lain bagi menyampaikan maksud yang tersendiri pada penghujungnya. Penggunaan prop juga sesuai bagi mengimbau semula zaman klasik, misalnya mesin taip lama.
0 Response to "REVIEW Bu Kasih Suci Pengorbanan Seorang Ibu"
Catat Ulasan