Drama Utusan Cinta Buat Adam TV3

Drama Utusan Cinta Buat Adam TV3

Drama yang diadaptasi dari novel Utusan Cinta Buat Adam karya Myra Ameer yang bakal menghiasi slot Akasia TV3. Menampilkan gandingan Kamal Adli dan Puteri Aishah. Diarahkan oleh Along Kamaludin. Bakal menemui penonton bermula 3 Julai 2019.

JUDUL : UTUSAN CINTA BUAT ADAM
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 3 Julai 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Myra Ameer 
PENGARAH : Along Kamaludin
PRODUKSI : A-Ten Alliances Sdn Bhd
PELAKON : Kamal Adli, Puteri Aishah, Sharifah Sakinah, Kartina Aziz, Nazeera Sardi, Nazrief Nazri, Ikhlas Jalil, Sharifah Shahora, Noniswara, Kuza, Aleeza Kasim

WATAK PELAKON
Puteri Aishah sebagai Aireen Husna
Kamal Adli sebagai Adam Firdaus
Sharifah Sakinah sebagai Liyana
Kartina Aziz sebagai Tok Wan
Nazeera Sardi sebagai Fazrin

LAGU TEMA / OST
Sharifah Zarina - Pernah Bahagia

SINOPSIS UTUSAN CINTA BUAT ADAM
Mengisahkan sosok Aireen Husna seorang doktor yang masih lagi mencari lelaki pilihan idamannya iaitu seorang yang kuat pada agama. Seringkali dipertemukan dengan Adam Firdaus di masjid telah menambat hati Aireen walaupuan tidak kenal siapa gerangan orangnya.

Adam Firdaus, seorang pensyarah berumur 35 tahun masih belum menemui wanita yang berkenan dalam hatinya walaupun sudah ramai calon menantu pilihan dari keluarganya.

Sebaik mengetahui Adam adalah anak kenalan ibu saudaranya, Aireen langsung menyuruh ibu saudaranya mengirimkan utusan melamar Adam untuk dijadikan teman sehidup semati. 

Perkahwinan Adam dan Aireen tidak direstui nenek adam, Tok Wan yang mahu cucu kesayangannya itu berkahwin dengan Liyana.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Drama Utusan Cinta Buat Adam TV3"

Catat Ulasan