BoBoiBoy Movie 2 Full

BoBoiBoy Movie 2 Full

Filem animasi berjudul BoBoiBoy Movie 2 terbitan Animonsta Studios dengan kerjasama Astro Shaw bakal ditayangkan serentak di lima negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, dan Vietnam pada 8 Ogos 2019. Filem kedua ini membabitkan kos produksi keseluruhan sebanyak RM7 juta. Penyanyi terkenal tanah air Faizal Tahir dipilih menyanyikan lagu tema BoBoiBoy 2 berjudul Fire & Water.

TAJUK : BOBOIBOY MOVIE 2
Tarikh Tayangan : 8 Ogos 2019
Genre : Animasi, Aksi
Pengarah : Nizam Abdul Razak
Terbitan : Animonsta Studios Sdn Bhd, Astro Shaw 
Pelakon : Nur Fathiah Diaz, Fadzli Mohd Rawi, Dzubir Mohammed Zakaria, Wong Wai Kay, Nur Sarah Alisya Zainal Rashid, Yap Ee Jean

SINOPSIS BOBOIBOY MOVIE 2
Boboiboy Movie 2 menceritakan tentang sosok BoBoiBoy menentang satu kuasa kuno digelar Retak`ka yang mahu merampas elemen kuasa BoBoiBoy. Dia dan rakan-rakannya perlu menghalang musuh misteri terbaru mereka itu daripada meneruskan rancangan jahatnya.

BoBoiBoy dan rakan-rakannya telah diserang oleh Retak'ka, pengguna asal Kuasa Elemental. Retak'ka ingin merampas semula Kuasa Elemental daripada BoBoiBoy dan menggunakannya untuk menguasai galaksi. BoBoiBoy dan raka-rakan perlu mencari cara untuk menghentikan Retak'ka dan menyelamatkan galaksi dari ancamannya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • BoBoiBoy Movie 2 Full BoBoiBoy Movie 2 Full Filem animasi berjudul BoBoiBoy Movie 2 terbitan Animonsta Studios dengan kerjasama Astro Shaw bakal ditayangkan … Read More...

0 Response to "BoBoiBoy Movie 2 Full"

Catat Ulasan