Drama Biar Jadi Kaktus TV2

Drama Biar Jadi Kaktus TV2

Drama Biar Jadi Kaktus merupakan drama yang diadaptasi novel Biar Jadi Kaktus karya Iffa Zalia akan ditayangkan di TV2 bermula 24 Julai, setiap Isnin hingga Khamis pukul 8:30 malam. 

JUDUL : BIAR JADI KAKTUS
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 24 Julai 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 8:30 malam
SIARAN TV : TV2 (RTM)
PENULIS NOVEL : Iffa Zalia
PENULIS SKRIP : Adza Nasyaemie Adenan
PENGARAH : Dato Ahmad Tarmimi Siregar 
PRODUKSI : Wardah Communication Sdn Bhd
PELAKON : Uqasha Senrose, Atoi Tohet, Syafiq Sahli, Shakilla Khoriri, Sahronizam Noor, Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Zila Bakarin, Afzan A. Rahman, Aman Graseka, Kenji Sawahii, Juita Johari, Ismail Yaacob, Ucop Cecupak, Noralbaniah, Qistina Raisah

WATAK PELAKON Drama Biar Jadi Kaktus TV2
Uqasha Senrose sebagai Shakila / Shakira 
Atoi Tohet sebagai  Firdaus
Syafiq Sahli sebagai Azlan.
Shakilla Khoriri sebagai Seha 
Sahronizam Noor sebagai Pak babu
Dato Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Datuk Murad
Aman Graseka sebagai Tengku Amir
Kenji Sawahii sebagai Dato Idris Leong
Qistina Raisah sebagai Syakila 

SINOPSIS BIAR JADI KAKTUS
Cinta Syakila dan Firdaus ibarat bintang-bintang yang bergemerlapan. Namun perjalanan hidup sebenarnya tidaklah seindah impian dan harapan. Dek tidak tahan menanggung penderitaan demi penderitaan, Syakila mencari keadilan dan kebenaran yang seakan-akan tersembunyi. Namun pencariannya terkandas bila dia diburu oleh Datin Habsah, seorang wanita korporat yang bersikap mata duitan. Tawaran satu juta Ringgit Malaysia daripada Dato Tengku Amir membuatkan Datin Habsah ingin terus memburu gadis itu hingga ke lubang cacing.

Syakila ibarat kaktus yang teguh walaupun kemarau melanda. Dia meneruskan langkah dengan hati yang kental. Tika dirinya longlai, muncul Azlan yang berhati mulia. Lelaki budiman itu sering menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan balasan. Pengorbanan setinggi gunung itu membuatkan Syakila dalam dilema. Dia tahu lelaki itu mencintainya sampai mati. Tetapi bagaimana pula dengan Firdaus? Lelaki itu nyawanya!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Telefilem Menunggu Hujan TeduhSaksikan telefilem khas tribute P.Ramlee berjudul 'Menunggu Hujan Teduh' pada hari Sabtu ini. Telefilem arahan Izma Aizal Yusoof ini menampi… Read More...
  • Drama Shine or Go CrazyDrama korea terbaharu untuk tahun 2015 berjudul 'Shine or Go Crazy'. Kisah cinta yang diadaptasi daripada novel. Pelakon utamanya ialah Jang… Read More...
  • Drama Antidot (TV3)Slot Aksi di TV3 diteruskan dengan drama terbaharu berjudul #ANTIDOT yang mana mengandingkan pelakon-pelakon hebat seperti Remy Ishak, Kamal… Read More...
  • Drama Zahira (TV3)Nantikan drama bersiri terbaru mengisi slot Samarinda di TV3 berjudul 'Zahira' mengandingkan lakonan hebat Adi Putra dan Zara Zya. Drama ara… Read More...
  • Telemovie Anak Mejar AzlanSaksikan telefilem Anak Mejar Azlan malam ini di TVAlhijrah. Menampilkan lakonan Norman Hakim, Julia Ziegler, Melly Amalin, Muntazar Ghani, … Read More...

0 Response to "Drama Biar Jadi Kaktus TV2"

Catat Ulasan