Drama Mimpi Sabrina TV3
Drama bersiri Mimpi Sabrina bakal disiarkan menerusi slot Samarinda TV3. Menampilkan pelakon Juliana Evans, Josiah Hogan, Erwin Dawson, Tasha Shilla dan ramai lagi. Drama 20 episod arahan Nizam Zakaria, terbitan Radius One Sdn Bhd. Ditayangkan bermula 11 Julai 2019, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.
JUDUL : MIMPI SABRINA
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 11 Julai 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Nizam Zakaria
PRODUKSI : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Juliana Evans, Josiah Hogan, Erwin Dawson, Tasha Shilla, Marisa Yasmin, Amy Mastura, Roy Azman, Jelita Murni, Hamidah Waahab, Ikhram Juhari, Puteri Khareeza, Ilman Saldi, Hasmira Azmi, Atiq Azman, Farah Zanordin, Fadly Fuad
WATAK PELAKON
Juliana Evans sebagai Sabrina
Erwin Dawson sebagai Fahrin
Josiah Hogan sebagai Riduan
Tasha Shilla sebagai Farah
Marisa Yasmin sebagai Alisa Liyana
Ako Mustapha sebagai Ibrahim
Amy Mastura sebagai Kak Sue
Roy Azman sebagai Mustafa
Hamidah Waahab sebagai Che Salmah
Ikhram Juhari sebagai Amat
Puteri Khareeza sebagai Cat
Ilman Saldi sebagai Lan
LAGU TEMA / OST
Syura Badron - Ego
SINOPSIS DRAMA MIMPI SABRINA
Mengisahkan Drama percintaan antara dua darjat iaitu antara Sabrina, anak seorang hartawan yang memiliki perniagaan perhotelan dengan Fahrin, seorang budak kampung. Namun cinta mereka terputus dipertengahan jalan, setelah Fahrin difitnah dan dipenjarakan atas tuduhan merompak. Demi menyelamatkan perniagaan ayahnya, Sabrina dinikahkan dengan Ridzuan, anak angkat kepada bapa saudaranya. Tujuh tahun telah berlalu, cinta yang berkubur itu mekar semula apabila tanpa sengaja Fahrin dan Sabrina bertemu semula dalam suasana yang cukup berbeza.
0 Response to "Drama Mimpi Sabrina TV3"
Catat Ulasan