Drama Hilang Yang Kembali TV3

Drama bersiri yang bertajuk Hilang Yang Kembali bakalan dibintangi oleh Aqasha, Emelda Rosemila, Nafiz Muaz, Azhan Rani dan ramai lagi. Drama terbitan Padi Pictures arahan Amor Rizan. Akan menghiasi slot Samarinda TV3 mulai 20 Ogos, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

JUDUL : HILANG YANG KEMBALI
EPISOD : 12 episod
TARIKH TAYANGAN : 20 Ogos 2019
WAKTU SIARAN :  Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Amor Rizan
PRODUKSI : Padi Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Aqasha, Emelda Rosemila, Azhan Rani, Taufiq Hanafi, Zamarul Hisham, Nafiz Muaz, Elisya Sandha, Arill Fesol, Zarina Zainoordin, Kazar Abd Razak, Damia Qaissara, Adam, Syed Irfan, Nur Auni Zahra, Ameer Imran

WATAK PELAKON HILANG YANG KEMBALI
Aqasha sebagai Razif
Emelda Rosemila sebagai Fara
Azhan Rani sebagai Tuan Ismail
Nafiz Muaz sebagai Danial / Randi
Zamarul Hisham sebagai Ikmal
Arill Fesol sebagai Danish
Kazar Abd Razak sebagai Che Jan
Elisya Sandha sebagai Alisa
Damia Qaissara sebagai Bunga
Adam sebagai Danial
Syed Irfan sebagai  Danish
Nur Auni Zahra sebagai Alisa
Ameer Imran sebagai Randi

LAGU TEMA / OST 
Amzeeq - Hilang Yang Kembali

SINOPSIS HILANG YANG KEMBALI
Drama Hilang yang Kembali mengisahkan tentang konflik keluarga kerana kehilangan anak. Sepuluh tahun yang lalu, Fara dan suaminya Razif bercuti di sebuah pulau bersama anak mereka Daniel yang ketika itu berusia 9 tahun dan Danish, 8 tahun. Malang tidak berbau, Danial hilang tanpa dapat dikesan.

Puas mereka mencari Daniel tapi Danial tidak juga ditemui. Razif membuat keputusan dan meminta Fara membawa Danish supaya pulang ke Kuala Lumpur dahulu. Pada mulanya, Fara berkeras tetapi akhirnya dia pulang setelah Razif berjanji akan mencari Danial dan tidak akan pulang ke Kuala Lumpur tanpa anak mereka.

Sebulan kemudian, Fara yang menanti penuh harapan kecewa apabila akhirnya Razif pulang jugag tetapi tanpa Danial. Kehilangan Danial memberi tamparan dalam perhubungan Fara dan Razif. Fara seolah berdendan dengan Razif kerana tidak mengotakan janjinya. Apatah lagi campur tangan saudara mara dan Puan Salmah, ibu Razif, membuatkan Fara bertambah tertekan. Jauh di sudut hati, Fara tidak pernah putus harapan dan yakin Danial akan dapat ditemui juga nanti.

Suatu hari, Fara dan Razif dikunjungi oleh seorang pemuda yang memberitahu dia adalah Danial, anak mereka yang hilang dahulu. Fara ragu-ragu pada mulanya, tetapi apabila Danial menunjukkan kesan parut di tangannya, Fara yakin pemuda itu adalah anaknya. Danial menceritakan bagaimana dia hilang serta menunjukkan gelang yang sama seperti yang pernah Danial pakai sebelum dia hilang. Fara bertambah yakin bahawa Danial itu anaknya setelah melihat parut di tangan Danial.

Namun Razif pula curiga dan hatinya kuat mengatakan bahawa pemuda itu bukan anak kandungnya. Siapakah sebenarnya pemuda itu? Adakah benar dia adalah Danial atau sebaliknya?

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Cik PA Tuan Ash TV3Drama romantik komedi yang bertajuk 'Cik P.A Tuan Ash' akan datang di slot Lestary TV3. Drama bersiri 20 episod terbitan Tanah Beris Film Pr… Read More...
  • Drama Nenek Bongkok TigaDrama bersiri yang bertajuk Nenek Bongkok Tiga terbitan Independent Pictures di bawah arahan Yusry Abdul Halim bakal ditayangkan di platform… Read More...
  • Drama Sentuhan Najwa TV3Drama bersiri 13 episode 'Sentuhan Najwa' merupakan hasil terbitan Nuansa Sdn Bhd, diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dan menampilkan Afifah N… Read More...
  • Pengantin Pasti Jadi Drama bersiri 20 episod bertajuk 'Pengantin Pasti Jadi' yang merupakan arahan Ayie Mustafa dibintangi oleh Ali Reza dan Asha Merican a… Read More...
  • Projek High CouncilDrama premium Astro Originals yang bertajuk 'Projek: High Council' karya Anwari Ashraf dibintangi oleh Nadhir Nasar, Daiyan Trisha, Naim Dan… Read More...

0 Response to "Drama Hilang Yang Kembali TV3"

Catat Ulasan