Sinopsis Full Filem Wangi - senarai drama adaptasi novel

Sinopsis Full Filem Wangi

Sinopsis Full Filem Wangi

Filem Wangi merupakan arahan dari Mohd Latiff Zami bakal ditayangkan di pawagam pada 5 September 2019. Menampilkan lakonan Erra Fazira, Sharnaaz Ahmad, Nabila Huda dan Syazwan Zulkifli.

JUDUL : WANGI
GENRE : Seram
TARIKH TAYANGAN : 5 September 2019
CERITA ASAL : Shuhada Mohd
PENGARAH : Yeop Hitler (Mohd Latiff Zami)
PRODUKSI : Resilience Studio
PELAKON : Erra Fazira, Nabila Huda, Sharnaaz Ahmad, Mia Nasir, Syazwan Zulkifly, Nik Adam Mika, Ruminah Sidek

WATAK PELAKON FILEM WANGI
Sharnaaz Ahmad sebagai Khuzairi
Erra Fazira sebagai Nor
Nabila Huda sebagai Bella
Syazwan Zulkifly sebagai Azlan
Nik Muhammad Ada Mikael sebagai Khiri
Mia Nasir sebagai Mia

SINOPSIS FILEM  WANGI
FILEM WANGI mengisahkan tentang sosok yang bernama Nor (Erra Fazira) yang baru pulang ke rumah setelah melahirkan cahaya mata kedua. Dia dan suaminya, Khuzairi (Sharnaaz Ahmad) memiliki seorang anak lelaki istimewa berusia tujuh tahun. Sepanjang dalam tempoh berpantang, Nor telah dijaga oleh ibunya. 

Dalam pada itu, Nor juga menyedari ketiadaan pembantu rumah dan merangkap adik angkatnya, Bella (Nabila Huda). Khuzairi memberitahu bahawa Bella telah berhenti dan pulang ke Amsterdam dengan alasan berkahwin dengan kekasihnya iaitu .... (Syazwan Zulkifli). 

Bagaimanapun, Nor berasa pelik memandangkan Bella tak pernah bercerita tentang perkahwinan dan bermulalah misteri tentang kehilangan Bella serta kejadian-kejadian pelik yang berlaku ke atas dia dan keluarganya.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sinopsis Full Filem Wangi"

Catat Ulasan