Drama Setelah Ku Dimiliki TV3 - senarai drama adaptasi novel

Drama Setelah Ku Dimiliki TV3

Drama yang diadaptasi dari novel Setelah Ku Dimiliki karya Zaza Qry akan disiarkan di Slot Akasia TV3. Dibintangi oleh Zul Ariffin, Intan Najuwa dan Tiz Zaqyah. Akan menemui penonton pada bulan Oktober nanti. 

JUDUL : SETELAH KU DIMILIKI
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : Oktober 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis & Dayang Kartinah Said
PENGARAH : Osman Ali
PRODUKSI : Nuansa Sdn Bhd
PELAKON : Intan Najuwa, Zul Ariffin, Tiz Zaqyah, Zaki Azeman, Lia Natalia, Fahmi Reza, Rahhim Omar, Zulhelmy, Adeline Tsen, Kuza, Aleza Shadan 

WATAK PELAKON DRAMA SETELAH KU DIMILIKI
Intan Najuwa sebagai Sarrafia
Zul Ariffin sebagai Adriz
Tiz Zaqyah sebagai Sarlina
Zaki Azeman sebagai Noh
Lia Natalia sebagai Hirda
Fahmi Reza sebagai Haqif
Rahhim Omar sebagai Encik Rahimin 
Kuza sebagai Bonda Ummi

SINOPSIS DRAMA SETELAH KU DIMILIKI
Drama setelah ku dimiliki mengisahkan tentang Sarrafia yang memulakan kehidupan baru di sebuah pusat jagaan yang diberi nama Rumah Azirah. Namun setelah dua tahun berlalu lelaki yang tidak pernah dia lupai itu muncul semula dalam hidupnya. Walau bagaimanapun, Adriz yang telah kehilangan ingatannya, tidak dapat mengenali Saraffia.

Sebelum ini Adriz merupakan seorang yang liar dan suka berfoya-foya. Setelah sedar daripada koma, Adriz tidak lagi mengingati kehidupan lamanya dan perangainya juga berubah. Bagi menenangkan hati Adriz, Encik Rahimin ayah kepada Adriz membawa anaknya ke Rumah Azirah. Adriz baru tahu bahawa ayahnya itu memiliki satu tempat yang dikenali Rumah Azirah sempena nama maknya. Di sana dia diperkenalkan dengan Sarrafia. 

Adriz telah membuat keputusan untuk menguruskan Rumah Azirah kerana mahu meringankan beban ayahnya yang sibuk menguruskan perniagaan lain. Adriz cuba mendekati Sarrafia namun wanita itu sering mengelak daripada bertemu dengannya. Adriz berasa sangat hairan dengan tingkah laku Sarrafia. Apakah hubungan antara mereka berdua sebenarnya? Apakah yang terjadi di antara Adriz dan Sarrafia sebelum ini?

GAMBAR PELAKON DRAMA SETELAH KU DIMILIKI

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Setelah Ku Dimiliki TV3"

Catat Ulasan