Drama Dendam Cinta Arissa Astro Ria


Drama bersiri yang bertajuk 'Dendam Cinta Arissa' bakal menggantikan drama 'Jujurlah Nikahi Aku' di slot DramaVaganza Astro Ria. Menampilkan gandingan Hisyam Hamid dan Atikah Suhaime. Drama terbitan Radius One, arahan Shahrulezad Mohameddin bersama Uchee Fukada. Akan menemui penonton bermula 9 Mac 2020, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di Astro Ria 104 dan Ria HD 123.

JUDUL : DENDAM CINTA ARISSA
TARIKH TAYANGAN : 9 Mac 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat,  7:00 malam
SIARAN TV : Slot DramaVaganza (Astro Ria & Ria HD)
PENULIS SKRIP : Eenaz Mokhtar
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin & Uchee Fukada
PRODUKSI : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Hisyam Hamid, Atikah Suhaime, Fezrul Khan, Ruzana Ibrahim, Aidil Aziz, Shiqin Kamal, Arash Mohd, Putri Hanan, Noryati Taib, Dilla Ahmad

WATAK PELAKON DRAMA DENDAM CINTA ARISSA
Atikah Suhaime sebagai Arissa
Hisyam Hamid sebagai Rafael
Fezrul Khan sebagai Zariman
Ruzana Ibrahim sebagai Diana
Aidil Aziz sebagai Zaki
Putri Hanan sebagai Suraya 

LAGU TEMA / OST DRAMA DENDAM CINTA ARISSA
Hanbyul - Retak

SINOPSIS DRAMA DENDAM CINTA ARISSA
Drama Dendam Cinta Arissa mengisahkan setelah lama bercinta, Zariman akhirnya melamar Arissa untuk menjadi isterinya dan mula membuat perancangan perkahwinan. Arissa dilanda dilemma, takut sekiranya selepas dia berkahwin dan berpindah, Suraya tidak dapat menjaga nenek mereka (Saleha) dengan baik.

Sementara itu, Rafael dilanda kemelut rumahtangga apabila dia syak Diana curang dengan dia. Diana akhrinya mengaku yang dia curang dan meminta Rafael supaya lepaskan dia.

Perkahwinan Arissa dan Zariman musnah apabila Rafeal melanggar Zariman dan melarikan diri untuk mengejar isterinya. Ingin jujur pada Arissa namun Rafeael jatuh cinta dengan Arissa tanpa sengaja.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Drama Dendam Cinta Arissa Astro Ria"

Catat Ulasan