Drama yang diadaptasi dari novel 'Pink Smile' karya Luna Adresia di slot Lestary TV3. Menampilkan gandingan Fattah Amin dan Sweet Qismina. Drama bersiri 20 episod terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd. Akan menemui penonton pada bulan Ramadan nanti.
JUDUL : PINK SMILE
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : April 2020
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS NOVEL : Luna Adresia
PENULIS SKRIP : Ayuni Zamani
PENGARAH : Hazreen Hakim
PRODUKSI : Creative Skill Solution Sdn Bhd
PELAKON : Fattah Amin, Sweet Qismina, Syafi Tee, Afifah Nasir, Intan Najuwa, Natasya Mahyan, Esma Daniel, Noniswara, Iswan Ismail, Farhan Asri, Izzat Mushtaq
WATAK PELAKON DRAMA PINK SMILE
Fattah Amin sebagai Areeq (Kaz)
Sweet Qismina sebagai Luna
Syafi Tee sebagai Iman (Akif)
Afifah Nasir sebagai Melati
Intan Najuwa sebagai Rysa
Natasya Mahyan sebagai Myra
Esma Daniel sebagai Tuan Irsyad
Noniswara sebagai Puan Aminah
Iswan Ismail sebagai Syairy
Farhan Asri sebagai Epol
Izzat Mushtaq sebagai Faiz (Ari)
SINOPSIS DRAMA PINK SMILE
Drama Pink Smile mengisahkan Luna yang selalu singgah di Duncan Coffee House kerana meminati Kaz, pemilik kedai tersebut.
Luna - Si pencinta tegar tapi hanya mampu tengok dari jauh aje setiap kali dia ke Duncan CoffeeHouse. Kaz merupakan aura beku yang mampu mencairkannya dalam lima saat. Tiap kali berada dekat dengan Kaz, Luna kena panick attack. Pengsan tak sedar dunia apabila ‘dunia’ impiannya berada dekat dengannya.
Kaz - Kehadiran Luna menjadi pencetus ilham untuk menu terbaru Duncan CoffeeHouse. Luna, perempuan comel dengan braces merah jambu! Tanpa sedar si pencetus ilham turut mencetus fenomena luar biasa dalam hati. Tapi mengapa Luna pula cuba main tarik tali?
Akif - Berdiri atas nama seorang sahabat, tetapi tidak pernah ada untuk Luna kerana sering menidakkan perasaan aneh sejak dari bangku sekolah menengah menyebabkannya sering menghilangkan diri. Setelah mengenal pasti rasa yang ada, dia nekad kembali untuk mendapatkan Luna. Dan takdir membawanya ke Duncan CoffeeHouse, di mana Luna sering datang menjenguk cinta.
Dapatkah Akif merebut kembali cintanya yang telah lama ditinggalkan? Bagaimana pula keputusan Luna? Siapa pilihan Luna? Sama ada kisah semalam atau cinta impiannya? Duncan CoffeeHouse menyatukan kembali mereka semua, merungkai semua persoalan yang membelenggu mereka bertiga.
0 Response to "Drama Pink Smile TV3"
Catat Ulasan