Drama Hello Jangan Tapau Cintaku TV3
Drama yang diadaptasi oleh novel 'Hello Jangan Tapau Cintaku' karya Hasreeyati Ramli akan ditayangkan di slot Lestary TV3. Dibintanggi oleh Nafiz Muaz, Elisya Sandha, Syerinie Myra dan Eyka Farhana. Drama 13 episod terbitan Mache All Star United, arahan Idora Abdul Rahman.
JUDUL : HELLO JANGAN TAPAU CINTAKU
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : September 2020
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Norazwanizan Awang
PENULIS NOVEL : Hasreeyati Ramli
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
PRODUKSI : Mache All Star United
PELAKON : Nafiz Muaz, Elisya Sandha, Syerinie Myra, Eyka Farhana, Lisdawati, Azri Iskandar, Amyza Aznan, Dynas Mokhtar, Sefik Khair, Mak Wan, Badrul Muhayat, Mieza Edora, Cahaya Nilam, Raden Zaharatul, Natasha Hamzah, Ikhwan Khairudin
WATAK PELAKON
Nafiz Muaz sebagai Ash Fayyad
Elisya Sandha sebagai Ain Dheya
Syerinie Myra sebagai Alia
Eyka Farhana sebagai Ann Dayana
Lisdawati sebagai Mak Jah
Azri Iskandar sebagai Pak Long Asmadi
Amyza Aznan sebagai Mak Long Midah
Dynas Mokhtar sebagai Puan Anisa
Sefik Khair sebagai Hakim
Cahaya Nilam sebagai Masniza
Mak Wan sebagai Mak Ros
Badrul Muhayat sebagai Tuan Daren
Mieza Edora sebagai Aira
Natasha Hamzah sebagai Kak Ida
Ikhwan Khairudin sebagai Riz
SINOPSIS HELLO JANGAN TAPAU CINTAKU
Drama Hello Jangan Tapau Cintaku mengisahkan tentang seorang gadis kampuung, Ain Dheya, yang datang bekerja di bandar. Memandangkan keluarganya susah, dia amat penjimat orangnya dan sifa yang paling tidak dapat dikikis ialah sifat tapau.
Ash Fayyad, seorang anak hartawan yang pemboros, sukat menyakitkan hati orang di sekelilingnya dan sombong.
Kisah mereka bermula apabila Ash Fayyad menawarkan wang bernilai RM50,000 kepada sesiapa sahaja yang sanggup menjaga adik perempuannya yang berkerusi roda. Ain Dheya yang terdesak memerlukan duit untuk membayar hutang sewa tanah orang tuanya menerima tawaran tersebut.
Bermacam-macam peristiwa yang terjadi selama Ain Dheya berada di rumah Ash Fayyad. Hinggakan huru-hara jadinya satu rumah itu. Berputikkah cinta yang tak masuk dek akal antara Ain Dheya dan Ash Fayyad nanti?
0 Response to "Drama Hello Jangan Tapau Cintaku TV3"
Catat Ulasan